| Universiti Putra Malaysia

Usahawan cendol terima ijazah bacelor

Oleh Syifarida Muhamad Zaki

Foto Oleh Marina Ismail

Muhamad Faris Jaafar, menyampaikan Ucapan Graduan Sidang Tujuh, Majlis Konvokesyen UPM Ke-41

SERDANG – Tekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dan tidak mahu bergantung kepada ibu bapa untuk membiayai pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), membuatkan Muhammad Faris Jaafar berniaga cendol secara kecil-kecilan sebelum perniagaannya itu kini semakin maju.

Beliau menerima ijazah Bacelor Kejuruteraan Pertanian, & Biosistem pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-41 di sini.

Muhammad Faris berkata, pada tahun ketiga pengajian, beliau bertekad untuk tidak bergantung kepada ibu bapa untuk membiayai pengajiannya.

“Saya mahu mencuba sesuatu yang baharu dengan berniaga cendol.

“Minuman warisan ini mampu memberi impak positif kepada bukan sahaja pasaran lokal tetapi global.

“Saya kena disiplinkan diri dalam membahagikan masa agar tidak tercicir dalam pelajaran,” katanya.

Beliau yang merupakan mantan Presiden Kolej Tiga Belas UPM sesi 2013/2014, bekas Pengarah, Program Malaysia-Japan International Mobility Exchange dan bergiat aktif dalam pasukan ragbi Serdang Angels UPM,  kini bukan sahaja memperoleh ijazah bacelor tetapi juga memiliki perniagaan iaitu satu Food Truck Serdang Cendol dan dua cawangan Serdang Cendol di UPM.

Serdang Cendol kini giat menyediakan katering cendol bagi pakej perkahwinan dan majlis-majlis rasmi disekitar Lembah Klang - Seremban.

Antara pencapaian beliau sepanjang pengajian ialah meraih Anugerah Khas Kecemerlangan Siswa Keusahawanan, menajdi Ikon Keushawanan CEM UPM 2016 dan memenangi tempat kedua Pertandingan "Business Pitch"Varsity Entrepreneurship Skills & Talents 2017 menewaskan 435 kumpulan dari 20 Institusi Pengajian Tinggi yang lain dan Anugerah Khas Juri (Program Cabaran Usahawan Dagang 2015). - UPM

SXEYMAR~