| Universiti Putra Malaysia

UPMSTEM tingkat kemahiran sensorial anak-anak pendidikan khas

Oleh Prof. Madya Dr. Suriati Paiman

BUKIT BERUNTUNG, 23 April – Seramai 78 anak-anak berkeperluan khas (MBK) dan lebih 1,600 orang murid tahap rendah aliran perdana menyertai aktiviti hands-on dalam slot karnival STREAM dan slot Science Magic Show di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 (SKBB2), di sini.

Program itu adalah di bawah Program Minggu Pendidikan Khas, ‘Anak Istimewa Satu Anugerah’ bersempena Bulan Minggu Pendidikan Khas. Ia diketuai Profesor Dr. Samsilah Roslan.

UPMSTEM dan Fakulti Sains mengadakan aktiviti itu dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Kejuruteraan, Putra Edu-park dan Putra Science Park (PSP).

Pelbagai pameran serta aktiviti diadakan yang mendedahkan pelajar aliran khas seperti pelajar down syndrome, Autism, cerbral palsy dan ADHD kepada pendidikan Science Technology English Reading Arts Maths (STREAM).

UPMSTEM bekerjasama dengan SKBB2 sejak 2016 dan pelbagai perubahan dilakukan dalam aktiviti hands-on pada 2019 termasuk fun with lightcomputer maze, augmented reality, virtual reality, computer happy hour, soil adventure, hydrolic arm, water power dan eksplorasi dunia embrio Zebrafish.

Pengarah Modul STREAM, Dr. Hizmawati Madzin dari FSKTM, berkata pelajar-pelajar itu sangat gembira kerana mempelajari banyak ilmu baharu.

Beliau berkata, antaranya ialah aktiviti mudah iaitu menekan papan kekunci untuk menulis nama sendiri yang sudah cukup menggembirakan anak-anak berkeperluan khas itu, yang mungkin biasa bagi anak-anak aliran perdana.

Dr Izian Abd Karim pula berkata modul soil adventure dan hydrolic arm pula merangsang kemahiran deria anak-anak mengeksplorasi sendiri pelbagai jenis tanah serta batu batan dan berpeluang mengendalikan sendiri mesin-mesin mudah seperti mesin pengorek, hanya dengan menggunakan bahan-bahan terpakai.

Dr Barirah yang pertama kali menyertai jaringan bersama anak-anak istimewa itu terharu kerana konsep pantulan dan biasan cahaya melalui modul ‘fun with light’ berbantukan permainan ala PUBG dapat diikuti oleh anak-anak itu dengan baik.

Pada sesi petang, anak-anak tahap rendah aliran perdana dihidangkan dengan persembahan ‘Magic Science Show’ oleh Profesor Dr Sidek Aziz dan Prof Madya Dr Yap Wing Fen dari Jabatan Fizik, Fakulti Sains.

Timbalan Pengerusi UPMSTEM, Profesor Madya Dr. Suriati Paiman berkata usaha itu dapat mendukung matlamat UPM menjadi universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan ke arah pembangunan lestari dan pembangunan rakyat, supaya memanfaatkan bidang STEM. - UPM

WXEUGA2~