| Universiti Putra Malaysia

UPMKB laksana Putra Smart Classroom, lancar inisiatif Putra Premium

BINTULU, 8 Ogos – Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) melaksanakan Putra Smart Classroom serta melancarkan inisiatif Putra Premium dalam menyediakan kemudahan terbaik kepada pelajar.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata perlaksanaan itu bagi menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) dan memudahkan pelajar UPM mengakses internet di kampus.

Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata demikian dihadapan pelajar Diploma baharu Sesi Akademik 2022/2023 di UPMKB sempena Majlis Ikrar dan Aku Janji dan Amanat Naib Canselor yang diadakan secara fizikal.

“Kemudahan ini akan menjadi penanda aras baharu UPMKB dalam pembelajaran masa kini serta pengajaran boleh dijalankan secara hybrid dan lebih interaktif bagi pengembangan ilmu pelajar,” katanya.

Tambah beliau, kawasan UPMKB yang akan dinaiktaraf dengan kemudahan Putra Premium iaitu di Kafeteria Kolej Sri Rajang, Ruang Bacaan Perpustakaan dan Ruang Legar Kompleks Akademik.

Selain itu, UPMKB akan menaiktaraf kemudahan internet UPMKB daripada Bandwidth 100mbps kepada 500mbps selaras dengan perlaksanaan 30 inisiatif Kampus Pintar UPM.

Pada tahun lalu, UPMKB telah mencapai pembentukan struktur organisasi lengkap dengan penubuhan dua Fakulti iaitu Fakulti Sains Pertanian & Perhutanan dan Fakulti Kemanusian, Pengurusan dan Sains serta penubuhan Institut Ekosains Borneo.

Turut hadir dalam majlis ini, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Pengarah Kampus UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini dan Pengetua Kolej/Ketua Hal Ehwal Pelajar UPMKB, Dr. Kamil Latif.

Sementara tu, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan rutut mengadakan lawatan ke Kem Perhutanan pelajar Bacelor Sains Perhutanan Perhutanan Ladang) di Kem Hutan Nirwana UPMKB. - UPM

SXEUCAh~