| Universiti Putra Malaysia

UPM, UNHAS jalin kerjasama akademik dan penyelidikan

Oleh: Noor Eszereen Juferi

MAKASSAR, 9 Januari - Universiti Putra Malaysia (UPM) jalin kerjasama akademik dan penyelidikan bersama Universitas Hasanuddin (UNHAS) menerusi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di sini.

Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata menerusi MoU itu, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM berkongsi kepakaran serta kolaborasi strategik bagi program akademik serta penyelidikan.

“Kerjasama serantau ini memberi peluang pengalaman antarabangsa kepada pelajar UPM dan UNHAS untuk terlibat dalam program mobiliti seperti pertukaran berkredit, latihan industri, penyeliaan bersama atau sangkutan penyelidikan,” katanya.

Sementara itu, Rektor UNHAS, Prof. Dr. Ir. Jamaluddin Jompa berkata kerjasama ini adalah sejajar dengan hasrat untuk menjadi universiti yang bereputasi serta pusat kecemerlangan yang unggul di dalam dan luar negara.

Ini adalah sejajar dengan hasrat UNHAS untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti kepada pelajar berdasarkan keperluan semasa serta menyebarluaskan lagi bidang sains, teknologi seni dan budaya untuk manfaat sejagat,” katanya.

MoU itu adalah selaras dengan visi UPM untuk menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. - UPM

WXEZSA3~