UPM UNGGULI THE PUTRAJAYA BOAT RACE | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM UNGGULI THE PUTRAJAYA BOAT RACE

UPM UNGGULI THE PUTRAJAYA BOAT RACE

Oleh Noraida Ahmad Zaimi

 

PUTRAJAYA, 15 Sept – Pasukan mendayung Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai kedua-dua kategori lelaki dan wanita pertandingan The Putrajaya Boat Race (TPBR) 2019 di Tasik Putrajaya, di sini.

Pasukan lelaki UPM menewaskan Universiti Malaya (UM) pada peringkat akhir, untuk membawa pulang wang tunai RM1,500 dan piala.

 

Bagi kategori wanita pula, pasukan UPM juga mengalahkan UM, dan menerima wang tunai RM1,000 beserta piala.

Hadiah disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Sementara itu, sukan mendayung itu merupakan aspirasi Tun Dr. Mahathir bagi menjadikan tradisi perlumbaan perahu mendayung antara dua universiti terkenal Malaysia.

Kelab Rowing Putrajaya bersama Perbadanan Putrajaya telah memilih UPM dan UM bagi permulaan pasukan sukan mendayung yang dipersetujui oleh Tun Dr. Mahathir.

Ini bakal menjadi permulaan sejarah sama seperti perlumbaan Oxford/Cambridge, Waseda/Keio dan Yale/Harvard University Boat Race. – UPM

Tarikh Input: 26/09/2019 | Kemaskini: 03/10/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUJSQAK:16:39