| Universiti Putra Malaysia

UPM terima lawatan dari Jeonbuk National University eratkan hubungan MOU dan MOA

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Seha


SERDANG, 13 Julai: Seramai 34 orang delegasi dari Jeonbuk National University, Korea Selatan membuat lawatan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengeratkan hubungan MOU dan MOA yang telah terjalin.

Naib Canselor UPM, Profesor Dato Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, lawatan delegasi dari Jeonbuk National University adalah satu inisiatif yang bertukar ilmu dalam bidang pertanian.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah, program pertukaran pelajar Jeonbuk National Univeristy ke UPM adalah satu inisiatif yang sangat bagus kerana mereka dapat menimba ilmu dalam bidang pertanian dengan iklim Malaysia.

“Oleh itu, UPM berharap dengan kerjasama ini jumlah pelajar yang menyertai program pertukaran di UPM dapat ditingkatkan lagi dan memberi manfaat kepada Jeonbuk National University dan UPM,” katanya.

Turut hadir pada sesi beramah mesra Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (TNCPI UPM), Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naik Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.

SXEUEAb~