| Universiti Putra Malaysia

UPM terima kunjungan PTPTN

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

Foto oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

 

SERDANG, 8 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan hormat delegasi daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menjalin kerjasama untuk meningkatkan literasi kewangan antara para pelajar dan staf UPM.

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata PTPTN bukan sekadar membantu pelajar memberi pinjaman bantuan pelajaran namun bersama pihak universiti untuk pembangunan pelajar demi kebaikan pelajar.

 

“Kerjasama ini akan mewujudkan kesedaran cara penyimpanan wang yang baik untuk generasi akan datang serta membina pembangunan pelajar dan kesedaran yang baik kepada para peminjam,” katanya.

 

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, lawatan itu dapat membantu para pelajar UPM dalam membuat perancangan kewangan dengan lebih bijak.

“Perancangan kewangan ini membantu dari segi bayaran balik pinjaman PTPTN atau perancangan penabungan kewangan pada masa hadapan selepas tamat belajar nanti.

“PTPTN sebagai tabung pendidikan dapat melahirkan peminjam atau pelajar dari segi pembangunan sahsiah untuk membayar pinjaman semula bagi generasi akan datang,” katanya.

 

Turut hadir, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM, Nuruliman Ibrahim, Ketua pegawai Operasi PTPTN Mastura Mohd Khalid, Pengurus Besar Pejabat PTPTN negeri Selangor dan Pegawai Khas Ketua Eksekutif Aizat Faiz Zainal.

Terdahulu, PTPTN melaporkan seramai 539,284 peminjam tidak pernah membuat bayaran balik setakat 30 September lepas.

Katanya lagi, setiap bayaran balik oleh bekas pelajar dapat membantu PTPTN memberikan pinjaman kepada pelajar baharu.

Pada masa yang sama pihak PTPTN telah memberikan taklimat kesedaran dan kepentingan membuat perancangan kewangan melalui penyimpanan awal SSPN pada kunjungan tersebut. - UPM

SXEZNA~