| Universiti Putra Malaysia

UPM sertai seminar Serantau Isu-isu Komuniti 2022 di Aceh

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

ACEH, INDONESIA, 9 Disember: Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai seminar Serantau Isu-Isu Komuniti (SSIK) 2022 yang dilangsungkan selama tiga hari daripada 23 sehingga 26 November di Aceh, Indonesia bersama Universitas Teuku Umar (UTU) dan Universitas Abulyatama (UNAYA), berkaitan cabaran dalam menghadapi kepesatan revolusi 4.0 yang memberi impak sosial kepada kesejahteraan masyarakat.

UPM telah membuat pembentangan dalam bidang kajian yang berkaitan dengan cabaran dan kepesatan revolusi Industri 4.0 dalam memberi impak sosial pada seminar yang berlangsung selama dua hari di UTU, Aceh.

 

Ketua Labarotari Belia dalam Kepimpinan, Politik dan Kewarganegaraan UPM berkata, kerjasama dua hala antara UPM dan UTU wajar diteruskan dan menjadi dimensi kegemilangan ilmu antara Malaysia dan Aceh.

“Jaringan komuniti, penyelidikan dan pengajaran dan pembelajaran antara universiti terutamanya dalam bidang sains sosial dapat dikembangkan dengan meluas dan dikongsi bersama oleh para belia generasi muda selaras dengan niche area IPSAS.

“Di sini kami juga mengambil peluang berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih dekat dengan mendekati komuniti dalam Program Komuniti Pengabdian Masyarakat di Gampong Meunasah Intan Kacamatan Krueng Barona Jaya Kabupaten Aceh Besar, anjuran UNAYA berkaitan masalah kesihatan mental dan emosi serta isu kebantutan di kalangan kanak-kanak dan remaja,” katanya.

Pakar UPM yang menghadiri seminar di Aceh, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Prof. Madya TS Dr.  Mohd Zairul Mohd Noor, Puan Nooryati Sajat dan Puan Hilyana Mokhtar, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), Prof. Madya Dr Mohd Mursyid Arshad, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan, Prof. Madya Dr Askiah Jamaludin, Dr. Roslan Rosnon, Encik Muhammad Afiq bin Abdul Razak dari), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Prof Madya Dr Kamariah Kamaruddin.

Beliau berkata, tema yang dipilih ini kerana ianya seiring dengan keperluan dan kepentingan masyarakat pada hari ini dengan memperkuat kesihatan mental remaja untuk kehidupan yang lebih baik.

“Perkongsian ilmu ini dilakukan kerana kepentingan isu dan masalah tersebut di lihat dari kaca mata masyarakat terutama kepada mahasiswa dan mahasiswi muda di Aceh,” katanya.

WXEUQAs~