| Universiti Putra Malaysia

UPM sertai pameran reruai Program Jom Masuk IPT sempena Karnival KPT Keluarga Malaysia

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Saleha Haron

BATU PAHAT, 18 Feb – Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai pameran reruai pada Program Jom Masuk IPT sempena Karnival KPT Keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di MRSM Batu Pahat, Johor.

Dato’ Sri Ismail Sabri turut berkunjung melawat ke reruai Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Menteri Pengajian Tinggi (KPT), YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang mempamerkan dan mempromosikan program pengajian yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia kampus Serdang dan Bintulu, Sarawak.

Selain itu, UPM turut mengadakan Pameran Kesedaran Kanser Wanita (Kanser Serviks) dan Demonstrasi Pemeriksaan Sendiri Payudara di Bas Pengembangan Putra serta Pemeriksaan Kesihatan, Ringkasan Rawatan Strok dan Nasihat Pemakanan yang dikendalikan oleh Hospital Pengajar UPM (HPUPM).

Turut bersama YB Menteri KPT, Menteri Besar Johor, Dato’ Hj. Hasni Mohammad, Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan) KPT, Dr. Mohd Zabri Yusoff; Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman; Timbalan Pengarah (Pengurusan), Hospital Pengajar UPM (HPUPM), Mohd Nazri Md Yasin dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, UPM, Mohd Firdaus Zakaria.

Penganjuran program itu bertujuan mengetengahkan penglibatan KPT dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) serta memastikan masyarakat dapat menghayati konsep Keluarga Malaysia. - UPM

WXEbLAT~