| Universiti Putra Malaysia

UPM Rai Anak-anak Yatim di Majlis Iftar YOSH Putra Recharge

Oleh: Nurul Athira Mohd Affandi

SHAH ALAM – Chapter Alumni YOSH UPM telah menganjurkan program Majlis Iftar YOSH Putra Recharge bersama anak-anak dari Rumah Cahaya Kasih Bestari bersempena program Ihya Ramadan 2023 baru-baru ini.

Program itu merupakan sebahagian aktiviti sukarelawan YOSH UPM bagi bertujuan untuk berkongsi rezeki bersama kelompok komuniti yang tidak bernasib baik khususnya anak- anak yatim dan keluarga asnaf.

Pengarah program YOSH Putra Recharge, Zainida Nor Izzati Mohd Zainuri objektif program ini adalah untuk meningkatkan ukhuwah serta mengeratkan silaturrahim antara warga alumni dan UPM disamping menyantuni anak-anak yatim.

“Program ini bukan hanya memberi peluang kepada pelajar UPM untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan malah anak-anak itu pula gembira dengan perkenalan dan interaksi bersama pelajar,” katanya.

Selain itu, para sukarelawan YOSH UPM mengadakan menjalankan aktiviti mewarna dan menyusun puzzle. Acara cabutan bertuah jugak turut diadakan bersama tetamu lain yang hadir.

Sementara itu, pelajar tahun pertama, Bacelor Sains Mikrobiologi, Imaan Nabila Sahrin, berkata beliau teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama beliau sebagai ahli jawatankuasa mengendalikan program kesukarelawan di bulan Ramadan.

“Terima kasih Chapter YOSH UPM dan semua alumni yang menjayakan program ini, banyak perkara yang saya belajar dan ini merupakan satu pengalaman baru setelah dua tahun tidak beraktiviti disebabkan pandemik COVID-19,” katanya.

Turut hadir ke program adalah Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni, Fahmi Azar Mistar dan warga kampus UPM serta alumni UPM.  - UPM

WXEQQA7~