| Universiti Putra Malaysia

UPM Juara Keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2017

Oleh: Muhammad Al-Amin Mustafha

 

BANGI - Universiti Putra Malaysia (UPM) menutup tirai Karnival Sukan MASUM 2017 dengan pencapaian cemerlang melalui pungutan 55 pingat emas, 27 perak dan 26 gangsa dan dinobatkan juara keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2017.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat kedua dengan 27 emas, 32 perak dan 22 gangsa manakala Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ketiga dengan 18 emas, 23 perak dan 19 gangsa.

 

Penganjuran Kejohanan Karnival Sukan MASUM 2017 ini berjaya dianjurkan oleh pihak Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) hasil daripada komitmen penyertaan 20 IPTA di Malaysia. Pada edisi 2017 ini sebanyak 16 acara sukan telah dipertandingkan dan berlangsung di sekitar UKM, Bangi.

 

Kontingen UPM telah menghantar pemyertaan seramai 270 orang yang melibatkan penglibatan 16 acara sukan yang dipertandingkan. Pungutan pingat UPM banyak terhasil daripada beberapa sukan seperti Olahraga, Renang, Taekwando, Karatedo, Memanah, Boling Padang untuk menyumbang kepada juara keseluruhan MASUM 2017.

Ketua Kontinjen UPM, Dr. Hanafiah Ayub menyifatkan kejayaan mengungguli Karnival MASUM ini merupakan hasil kerja keras para atlet dan pegawai pasukan membuat persiapan rapi dan latihan pasukan diadakan secara konsisten dan sistematik .

"Sebelum ini sasaran kami adalah 45 pingat emas untuk menjadi johan. Alhamdulillah kita berjaya melepasi sasaran dengan 55 emas, saya bangga dengan pencapaian atlet UPM," katanya.

Edisi 2017 ini telah yang menawarkan 169 pingat emas, 169 perak dan 204 gangsa berakhir hari ini. Berikut adalah senarai pungutan pingat 10 pasukan terbaik:

Bil.

Universiti

Emas

Perak

Gangsa

Jumlah

1

Universiti Putra Malaysia (UPM)

55

27

26

108

2

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

27

32

22

81

3

Universiti Sains Malaysia (USM)

18

23

19

60

4

Universiti Malaya (UM)

17

17

25

59

5

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

12

5

10

27

6

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

11

16

16

43

7

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

7

3

11

21

8

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

6

14

11

31

9

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

5

3

13

21

10

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

4

8

9

21

 

WXEYGAa~