| Universiti Putra Malaysia

UPM-Huawei jalin perkongsian strategik

 

SERDANG, 14 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) menjalin kerjasama strategik dalam bidang Tenologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Melalui MoA itu, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM akan berperanan selaku peneraju dalam bidang ICT.

Huawei ICT Academy melalui program Huawei Authorized Information and Network Academy (HAINA) berhasrat untuk mentauliahkan institusi pendidikan seperti UPM dalam menyampaikan kemahiran praktikal dan latihan Huawei Certification kepada pelajar universiti.

Langkah itu adalah usaha berterusan dalam membangunkan bakat ICT tempatan serta menggalakkan pembangunan serantau dan penyertaan dalam komuniti digital.

UPM melalui pelan strategiknya bermatlamat melonjakkan jaringan dan kerjasama dengan industri sebagai persediaan bakal graduan UPM untuk mengendalikan teknologi pintar seiring dengan cabaran era Revolusi Industri 4.0. - UPM

 

 

WXETNAv~