| Universiti Putra Malaysia

UPM dan UIN jalin MoU bersama perkukuh jalinan perkongsian antarabangsa

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar
 
May be an image of 3 people and text
 
SERDANG, 22 Feb - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Islam Negeri (UIN) Sjech M. Djamil Djambek, Bukittinggi, Indonesia bagi memperkukuh perkongsian antarabangsa terutamanya dalam bidang teknologi maklumat.
 
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkata FSKTM telah menunjukkan perkembangan positif sebagai pusat akademik dengan menyediakan kursus dengan permintaan yang tinggi dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.
 
“Kerjasama antara UPM dengan UIN sudah mula terjalin sejak 10 tahun yang lalu. Saya berharap MoU ini akan menggalakkan lagi keperluan aspek rentas disiplin yang berorientasikan bidang teknologi maklumat.
 
“UPM amat yakin kerjasama dua pihak ini akan meningkatkan lagi pemindahan ilmu yang bertujuan untuk melahirkan graduan profesional yang berkualiti dan memberi sumbangan buat kesejahteraan agama dan masyarakat,” katanya.
 
May be an image of 12 people, hospital and text that says "FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TERNOLOG! MAKLUMAT"
 
Beliau berkata demikian pada Majlis Pertukaran Dokumen MoU antara UPM dan UIN di i-Space, FSKTM yang turut disaksikan oleh Dekan FSKTM, Dato' Prof. Dr. Shamala K. Subramaniam hari ini.
 
Katanya, UPM sentiasa komited untuk terus mengembangkan inisiatif menyediakan perkhidmatan Pendidikan terbaik kepada pengukuhan jalinan perkongsian antarabangsa.
 
Prof. Dr. Ismi berkata FSKTM UPM turut menawarkan Program yang menawarkan program baharu seperti Data Science, Artificial Intelligence dan Big Data yang dapat menjadi nilai tambah kepada kerjaya pelajar buat masa kini. -UPM 

WXEdGA4~