| Universiti Putra Malaysia

UPM catat pencapaian cemerlang dalam THE

 

Oleh: Nor Hazlina Zamaruddin

SERDANG, 9 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat pencapaian membanggakan dengan membuat lonjakan sebanyak 28 anak tangga apabila disenaraikan pada ranking ke-78 universiti terbaik berbanding ranking ke-106 tahun lepas dalam Times Higher Education (THE) Emerging Economies Rankings 2021.

 Ini sekaligus meletakkan UPM dalam kelompok Top 100 bersama dua universiti tempatan lain daripada 606 universiti antarabangsa yang tersenarai.

Penilaian ranking ini menggunakan lima kriteria utama yang di dalamnya mempunyai 13 indikator yang sama digunakan dalam penilaian THE World University Rankings. Lima kriteria utama ini adalah Teaching (30%), Research (30%), Citations (20%), International Outlook (10%) dan Industry Income (10%).

Kekuatan UPM terletak pada kriteria International Outlook apabila disenaraikan pada tangga ke-23 terbaik antara universiti yang tersenarai dan ranking ke-2 Malaysia selepas Universiti Malaya.

THE Emerging Economies Rankings yang telah diperkenalkan sejak tahun 2014 ini mengambil kira dan menilai institusi pengajian tinggi di 48 negara yang ditakrifkan oleh London Stock Exchange’s FTSE Group sebagai negara membangun atau emerging (“Advanced Emerging”, “Secondary Emerging” atau “Frontier”).

Penarafan ini telah diumumkan pada 9 Mac melalui laman web rasmi THE World University Rankings dengan melayari https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings . - UPM  

WXEUPAW~