| Universiti Putra Malaysia

UPM bangunkan pengajian 3u1i pertanian pintar

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

SERDANG, 6 Oktober: Universiti Putra Malaysia (UPM) bangunkan program 3U1i iaitu Bacelor Teknologi Pertanian Pintar di bawah fakulti pertanian buat julung kalinya.

Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pertanian, Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin berkata, program ini ditawarkan seiring dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN2.0) dalam memacu sektor pertanian ke arah yang lebih berdaya saing.

Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin

 

“Dengan itu, terdapat keperluan untuk melahirkan tenaga buruh atau pekerja mahir yang menggunakan teknologi yang diaplikasikan dalam sektor pertanian di Malaysia serta di luar negara.

Tambahnya, program ini disasarkan untuk melahirkan teknologis pertanian yang berpengetahuan dan kompeten untuk mengendalikan teknologi pertanian pintar yang lestari; yang boleh membangun dan mengurus pengeluaran pertanian berasaskan sistem pertanian pintar serta mengamalkan peningkatan ilmu pengetahuan melalui pembelajaran berterusan dalam bidang pertanian pintar selaras dengan perkembangan semasa sektor pertanian; dan mampu menyampaikan ilmu pengetahuan kepada komuniti teknologis berkaitan sistem pertanian pintar,“ katanya.

Tambahnya, program ini ditawarkan secara sepenuh masa selama 4 tahun dalam dua mod iaitu mod kerja kursus dan mod industri (3U1i) contohnya bekerja di Ladang Guhtrie.

“Bagi mod industri pelajar akan berada di universiti selama 3 tahun dan 1 tahun di industri,” katanya.

Sementara itu, pelajar terpilih sambung bidang ini, Ayu Shuhada Ahmad Hilmey berkata, bidang pertanian adalah antara bidang utama bagi semua negara terutama untuk bekalan Makanan serta peluang pekerjaan.

Ayu Shuhada Ahmad Hilmey

 

“Jadi memandangkan jangkaan krisis sekuriti makanan pernah dibangkitkan dan kita dapat lihat usaha untuk bidang pertanian ini sentiasa relevan dan membekalkan ilmu pertanian moden kepada generasi muda,” katanya.

Manakala, pelajar berasal dari Sarawak ini, Albert Brassington Anak Gurkha, 21, berpendapat, program ini boleh membantunya memahami dengan lebih mendalam berkenaan teknologi pertanian.

Albert Brassington Anak Gurkha

 

“Kos pertanian sangat diminati oleh saya kerana ahli keluarga mencari rezeki dalam bidang pertanian. Bidang pertanian sudah menjadi darah daging sejak kecil lagi.

Seramai 20 orang pelajar terpilih untuk menyambung dalam program Bacelor Teknologi Pertanian Pintar yang baharu diperkenalkan pertama kali oleh Fakulti Pertanian kepada pelajar sesi 2022/2023 ini.

WXEZWAP~