| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur Seminar Pemampanan Tadbir Urus tingkat kesedaran amalan pentadbiran

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang  

SERDANG, 2 Jun- Program Seminar Pemampanan Tadbir Urus dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Bahagian Audit, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi meningkatkan kesedaran dikalangan pegawai universiti dalam kepentingan amalan tadbir urus yang baik.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata, universiti perlu dilihat sebagai sebuah institusi yang menerapkan setiap prinsip tadbir urus yang terbaik iaitu integriti, akauntabiliti, stewardship dan ketelusan bagi memberikan keyakinan kepada semua pemegang taruh terhadap keberkesanan, kebertanggungjawaban, keupayaan dan kecekapan Universiti.

“Saya yakin untuk meneruskan legasi kecemerlangan universiti sebagai Menara Ilmu, aspek tadbir urus dan governan perlu terus diangkat sebagai tiang seri pentadbiran UPM serta dengan komiten warga UPM kita mampu mencapai kejayaan melalui penetapan hala tuju dan strategi yang betul,” katanya.

Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah yang mewakili Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato' Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata Penganjuran program ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 Matlamat 5 iaitu Kemampanan Governan dan Tadbir Urus.

Selain itu, Seminar Pemampanan Tadbir Urus telah disampaikan oleh tiga ahli panel iaitu Pengerusi Jawatankuasa Audit UPM, Dato’ Dr. Hasan Mad, Pendaftar UPM, Muhazam Mansor, dan Pegawai Penasihat Undang-undang (Menjalankan Fungsi Penasihat Undang-Undang), UPM, Muhammad Adil Ahmad Tajuddin.

Turut hadir pada Seminar Pemampanan Tadbir Urus, Pengerusi Jawatankuasa Audit UPM Dato’ Dr. Hasan Mad dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan. – UPM

WXEaLA0~