| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur program Mobility to Cambodia: International Service Learning Programme, bentuk kesukarelawan pelajar

Oleh: Munirah Hazemi

PHNOM PENH - Sekretariat Kesukarelawanan dan Perhubungan Luar (Keshlu), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pihak Pengurusan KTDI, UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM baru-baru ini menganjurkan Mobility to Cambodia: International Service Learning Programme (MoCam) bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kesukarelawan.

Program itu turut disertai oleh pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universitas Negeri Malang, Indonesia, Maahad Tahfiz Abdus Salam, Kampung Chroy Metrey.

Pengetua KTDI, Prof. Dr. Aminuddin Hassan berkata, program itu turut memberi penerangan mengenai cara pengendalian program kesukarelawanan serta memupuk semangat keprihatinan dan saling membantu dalam diri setiap peserta.

“Ini sejajar dalam merealisasikan hasrat KTDI UPM untuk menganjurkan program yang mempunyai keterlihatan tinggi di mata komuniti dan menaikkan nama UPM sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mementingkan pembangunan insaniah dalam konteks kesukarelawanan,” katanya.

Beliau berharap melalui program itu dapat membantu pelajar-pelajar serta memberikan kesan yang positif dan dapat mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari yang boleh dimanfaatkan kepada masyarakat.

Pengerusi program, Dr. Siti Salina berkata dalam ucapan beliau program itu disertai 10 orang pelajar daripada KTDI, UPM dan harapan beliau berharap pelajar dapat memanfaatkan pengalaman yang berharga ini sepanjang menjadi pelajar di UPM.

“Semoga pembelajaran dan perkongsian ini menjadikan pelajar-pelajar ini seorang yang mampu membentuk keperibadian unggul bukan sahaja dalam akademik  akan tetapi bidang kesukarelawan dan hubungan luar ,” Katanya.

Pelaksanaan program secara dalam talian bermula dengan taklimat perjalanan program MoCam oleh Pengerusi MoCam Dr. Siti Salina, perkongsian dari KTDI, UPM, perbincangan projek mengikut universiti yang terlibat dan pembentangan projek mengenai perkongsian yang akan dijalankan Maahad Tahfiz, Cambodia.

Aktiviti secara bersemuka kemudiannya dijalankan di Maahad Tahfiz Abdus Salam oleh Universitas Negeri Malang, Indonesia, UPM dan UTM Kuala Lumpur ialah Sports Talents, Culinary Living Skills, Arabic Language Qurani Development, Food Marketing, Multimedia Design: Theory & Practice Cement Fero Skills dan Mechanical Fundamental Knowledge.

Sementara itu, program ini dihadiri oleh Setiausaha Negara, Kementerian Kebudayaan dan Agama, Cambodia, High Excellency Haji La Lay. - UPM

SXEUVAq~