Tujuh Daripada 27 Felo Akademi Sains Malaysia Baharu Dari UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Tujuh daripada 27 Felo Akademi Sains Malaysia baharu dari UPM

Tujuh daripada 27 Felo Akademi Sains Malaysia baharu dari UPM

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

 

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Seramai tujuh saintis dan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) daripada 27 keseluruhan dilantik sebagai Felo Akademi Sains Malaysia (ASM).

UPM dan Universiti Malaya, masing-masing mempunyai tujuh felo baharu yang dilantik dan yang teramai antara universiti di Malaysia.

Mereka yang terpilih mengikut bidang ialah seperti berikut:

‘Biological, Agricultural and Environmental Sciences’ – Prof. Dr Abdul Rahman Omar (Fakulti Perubatan Veterinar), Prof. Dr Raja Noor Zaliha Raja Abd Rahman dan Prof. Dr Tan Wen Siang (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul) serta Prof. Dr Tan Chin Ping (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan).

‘Chemical Sciences’ – Prof. Dr Khozirah Shaari (Fakulti Sains)

‘Engineering Sciences’ -  Tiada

‘Mathematics, Physics and Earth Sciences’ – Prof. Dr Zainal Abidin Talib (Fakulti Sains)

‘Medical and Health Sciences’ - Tiada

‘Science & Technology Development and Industry’ - Tiada

‘Social Sciences and Humanities’ – Prof. Dato’ Paduka Dr Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid (Fakulti Ekologi Manusia)

Felo ASM terdiri daripada saintis, jurutera, ahli teknologi dan ahli sains sosial yang berkaliber yang membuat sumbangan bermakna dalam bidang masing-masing.

Individu dengan merit, yang menunjukkan nilai integriti dekorum tinggi sepanjang masa dengan ciri-ciri penting sebagai duta pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dicalonkan setiap tahun. Anugerah Felo diberi berdasarkan proses pemilihan ketat merangkumi tujuh bidang disiplin. - UPM

Tarikh Input: 24/05/2019 | Kemaskini: 31/05/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566039284