| Universiti Putra Malaysia

Sukan bukan penghalang segulung ijazah

Oleh: Chow Heng Yee

 

SERDANG, 28 Okt - "Walaupun ibu tidak menggalakan saya bermain ragbi, saya ingin membuktikan kepada ibu yang saya mampu menjadi atlet cemerlang sambil belajar,” kata Nur Nadira Natalia Mohd Manshahar, 25, pemain ragbi wanita peringkat antarabangsa.

 

Kini, beliau merupakan graduan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Fakulti Pengajian Pendidikan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali Ke-42.

 

Jenis sukan yang lasak itu membuatkan ibu Natalia berasa sangat bimbang dan cuba memujuk beliau untuk bersara awal. Walau bagaimanapun, kesungguhan beliau dalam mengimbangi masa sukan dan akademik telah memberi keyakinan kepada ibunya.

 

"InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan menyambung pengajian ke peringkat master sambil menjadi jurulatih pemain ragbi." katanya.

 

Tiga minggu sebelum majlis konvokesyen, Natalia mengalami kecederaan patah tulang ketika bermain ragbi. Namun, demi menaikkan nama UPM dan Malaysia dalam sukan ragbi, beliau tidak pernah memutus asa.

 

"Saya harap generasi pemain ragbi wanita UPM tidak akan terputus dan kita mampu menaikkan nama universiti ke peringkat antarabangsa pada suatu hari nanti,” katanya dengan nada semangat. - UPM

SXETOA4~