| Universiti Putra Malaysia

Suami isteri polis trafik genggam Master bersama

Oleh: Noor Eszereen Juferi
 
 
SERDANG, 1 Disember – Kesibukkan kerjaya sebagai pegawai polis tidak menghalang pasangan suami isteri, Mohd Hafiz Hafizul Khaidir dan Siti Narika Amirudin untuk mengenggam Master pada hari ini di Majlis Konvokesyen UPM ke-46 Sidang 2.
 
Mohd Hafiz, 35, berkata beliau akui pelbagai cabaran yang beliau bersama isteri perlu lalui semasa dalam pengajian terutamanya juga ketika mereka terlibat dalam operasi semasa negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka berdua mempunyai dua orang anak dalam lingkungan umur 4 tahun dan 2 tahun.
 
“Kelas kami diadakan pada setiap hujung minggu dan ketika itu adalah dalam tempoh pandemik jadi kami berdua perlu bertugas menjaga sekatan jalan raya dan waktu bertugas adalah 24 jam dan shif pernah kami terpaksa mengadakan pembentangan kelas ketika bertugas di jalan raya,” katanya.
 
Siti Narika, 34, berkata pernah beliau pernah berasa putus asa kerana sukar untuk memberi komitmen semasa belajar terutamanya untuk menyiapkan tugasan yang ditetapkan oleh pensyarah.
 
 
“Saya dan suami bersyukur pensyarah memahami keadaan kerjaya kami berdua dan memberi kelonggaran kepada kami untuk menyiapkan tugasan itu yang membuatkan saya kuat untuk teruskan pengajian saya,” katanya
 
Mohd Hafiz yang berasal dari Kelantan berkhidmat sebagai Inspektor Penguatkuasa Trafik KL dan isterinya berasal dari Negeri Sembilan berkhidmat sebagai Inspektor Perlesenan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
 
Mereka juga berpandangan menyertai kerjaya beruniform adalah baik dan boleh membentuk kejatian diri serta sahsiah diri untuk menjadi kental menghadapi apa jua cabaran dan halangan.
 
Mereka memilih UPM sebagai destinasi untuk melanjutkan pengajian kerana yakin dengan kualiti pengajaran universiti yang kini berada dalam kedudukan ke-27 terbaik di Asia dan yang kedua terbaik di Malaysia melalui penarafan QS Asia University Rankings 2023 serta program Master Komunikasi Korporat di UPM adalah antara program pengajian yang dikenali umum.

SXEUVA~