| Universiti Putra Malaysia

Staf Penerbit UPM menang rekabentuk buku terbaik Anugerah MAPIM-KPT

Oleh Syifarida Muhamad Zaki

KUALA TERENGGANU – Dua pegawai Penerbit, Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi kategori Anugerah Rekabentuk Buku Terbaik pada anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) – Kementerian Pengajian Tinggi 2016 di Pusat Konvensyen Duyong Duyong Convention Centre, Pulau Duyong, di sini baru-baru ini.

Pereka, Muhammad Arif Sambudin dan jurufoto Muhammad Ezham Hussin memenangi anugerah itu menerusi pencalonan buku Malay Culinary Herbs.

Masing-masing menerima wang tunai RM5,000, plak dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Majlis anugerah itu merupakan antara anugerah berprestij tertinggi kebangsaan untuk mengiktiraf hasil karya ilmiah, penulis, editor dan pereka dalam kalangan ahli MAPIM.

 

SXDdSA~