| Universiti Putra Malaysia

Pusat Sukan, Akademi Sukan UPM bergabung

Oleh: Noor Eszereen Juferi

SERDANG – Pusat Sukan dan Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah bergabung dengan membawa nama Akademi Sukan berkuat kuasa 3 Februari 2022.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti kali Ke-791 telah bersetuju meluluskan penggabungan tersebut.

Beliau berharap dengan penggabungan itu, warga UPM akan mencipta kejayaan yang lebih tinggi dalam bidang sukan, serta berupaya meningkatkan visibiliti universiti sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa.

Pengarah Akademi Sukan UPM, Profesor Madya Dr. Tajularipin Sulaiman berkata penggabungan itu adalah sejajar dengan hasrat universiti untuk mengoptimumkan kepakaran ahli akademik dan penyelidikan bagi kemajuan sukan di UPM dan negara.

Sementara itu, Pusat Sukan adalah salah sebuah entiti di bawah struktur pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal penganjuran sukan dalaman dan luaran, penyertaan pasukan UPM ke kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, menjaga kebajikan atlet serta melaksanakan kerja-kerja yang menjurus kepada pencapaian KPI universiti. – UPM

WXDdEAO~