| Universiti Putra Malaysia

Program Guru Celik Bahasa Kebangsaan johan AINS 2017

Oleh Thiviyah Manicam

                                                                 

 

SHAH ALAM, 24 Okt – Program Guru Celik Bahasa Kebangsaan dari Universiti Putra Malaysia menggondol Hadiah Utama kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada majlis Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2017.

Pasukan itu terdiri daripada empat orang ahli iaitu Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam sebagai penyelidik utama, manakala penyelidik bersama ialah Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Salleh, Thiviyah Manicam dan Sivaneswary Sivaratanam.

Mereka menerima piala dan RM10,000 daripada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pada majlis penyampaian anugerah di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, SUK Selangor di sini, 12 Oktober lalu.

Sebelum ini, Program Guru Celik Bahasa Kebangsaan memenangi pingat perak pada Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2017 (PECIPTA 2017) yang diadakan di Terengganu dari 7 hingga 9 Oktober lalu.

AINS 2017 bertujuan memberi peluang kepada penduduk Selangor termasuk orang perseorangan, penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar IPT dalam mencetus idea baharu yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di negeri itu.

Mekanisme penilaian bagi AINS melibatkan pengenalpastian produk, hasil inovasi dari sembilan daerah dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

 

AINS dibahagikan kepada lapan kategori dan satu anugerah khas iaitu:

i) Kategori Sektor Awam (Pihak Berkuasa Tempatan)

ii) Kategori Sektor Awam (Pejabat Daerah /Tanah)

iii) Kategori Sektor Awam (Agensi Lain)

iv) Kategori Sektor Swasta

v) Kategori Institusi Pengajian Tinggi

vi) Kategori Sekolah

vii) Kategori Idea Asal / Prototaip

viii) Kategori Akar Umbi 

ix) Anugerah Khas Produk Akhir Terbaik

 

 

WXEREA7~