| Universiti Putra Malaysia

Program Bio-Superhero Outreach 5.0 2023 bantu pelajar B40 cintai dunia biologi

Oleh: Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Dr. Nasrudin Subhi, Muhammad Arif Luqman Mohd Ali, Wan Halimah As-Sa’adiah Wan Ahmad Kamal, Atiqah Nasser, Nur Fatehah Ahmad Rafidi, Muhammad Fathi Fitri Md Fadzil, Ezita Qaisara Ridzuan


HULU LANGAT – Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program Bio-Superhero Outreach 5.0 2023 bagi membantu pelajar B40 khasnya dalam pendidikan sains biologi.

Penasihat Program, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir berkata, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap ilmu Sains Biologi dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperolehi kepada masyarakat sekeliling terutamanya dalam kalangan rakan sebaya.

 “Program ini diharapkan dapat menggalakkan golongan remaja untuk menggalas tanggungjawab dalam menjadi masyarakat yang mempunyai rasa cinta terhadap ilmu biologi melalui pendedahan-pendedahan dan ilmu yang diberikan sewaktu aktiviti berlangsung.

“Seramai 37 pelajar sekolah menengah B40 daripada tiga buah Pusat Perumahan Rakyat (PPR) iaitu PPR Pantai Ria, PPR Seri Pantai dan PPR Kg. Muhibbah telah menyertai program selama tiga hari dua malam yang diadakan di Nur Lembah Pangsun Eco Resort,” katanya.

Sementara itu, Pengarah program, Muhammad Arif Luqman Mohd Ali berharap program yang bertemakan ‘Unveil Your Inner Bio-Superhero and Save Nature’ ini dapat membuka minda golongan remaja untuk berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan tugasan dan cabaran yang bakal dihadapi. – UPM

SXFNNAy~