Program Bicara Ilmu Rungkai Melayu Pertama Kelilingi Dunia | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Program bicara ilmu rungkai Melayu pertama kelilingi dunia

Program bicara ilmu rungkai Melayu pertama kelilingi dunia

Oleh Nisa Khairina Amirudin

SERDANG, 29 Julai – Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program bicara ilmu “Melayu Pertama Mengelilingi Dunia: Panglima Awang @ Enrique De Malacca: Antara Realiti atau Ilusi” untuk merungkai identiti pemuda Melayu pertama yang mengelilingi dunia bersama angkatan Ferdinand Mahellan pada tahun 1519-1522.

Menurut dari catatan pelayaran Antonio Pigefetta, Panglima Awang atau dikenali sebagai Enrique de Malacca, atau Henry the Black adalah pemuda berketurunan Melayu yang berumur sekitar 18 tahun dan menjadi tawanan dari taklukan Portugis di Melaka pada 1511.

Antara objektif penganjuran program itu adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan mempelajari sejarah Melayu di dunia tanpa sempadan serta untuk membuktikan kehebatan orang Melayu sebagai pelayar pertama yang mengelilingi dunia.

Terdapat tiga sesi perkongsian disampaikan oleh pakar iaitu Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Md Razdi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala bagi topik Panglima Awang @ Enrique: Daripada Fakta Sejarah kepada Seni Kreatif disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Dr. Suryadi Sunuri pensyarah dari Leiden University, The Netherlands pula menyampaikan perkongsian bertajuk Panglima Awang dan Wira Melayu Lain dalam Pemfiksyenan Sejarah Penaklukan Portugis ke atas Melaka. - UPM

Tarikh Input: 19/08/2019 | Kemaskini: 19/08/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568919840