| Universiti Putra Malaysia

Prof Khatijah tersenarai antara 12 ‘Influential Muslim Women’

 

                                                                                              

 

SERDANG, 9 Okt – Profesor Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM)  Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah  Mohamad Yusoff disenaraikan antara “12 wanita Islam berpengaruh yang boleh memberi inspirasi kepada anda untuk mengubah dunia.”

Nama-nama mereka itu disiarkan dalam laporan bertajuk 12 Influential Muslim Women Who’ll Inspire You To Change The World di dalam pautan www.havehalalwilltravel.com.

Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah yang disenaraikan di bawah kategori sains merupakan ahli mikrobiologi terkenal dengan penyelidikan Newcastle Disease Virus (NDV).

Beliau dilantik sebagai Naib Presiden Akademi Sains Dunia Islam,Naib Presiden Akademi Sains Sedunia (TWAS) dan ahli Majlis Akademi Sains Malaysia.

Laporan itu menyatakan Prof. Khatijah, ahli mikrobilogi terkenal di peringkat antarabangsa adalah adalah saintis kedua dari Asia sehingga kini, yang memenangi UNESCO Carlos Finlay Prize yang dimenangi pada 2005 kerana kejayaan cemerlangnya dalam bidang itu.

Laporan itu juga menyatakan beliau sentiasa berusaha memanfaatkan bidang sains dalam meningkatkan kehidupan kemanusiaan, dengan sebahagian daripada peranannya termasuk membantu membawa dan memperkenalkan sains kepada penternak di Afrika dan penyelidikannya memerangi sel kanser.

Sebelas lagi dalam senarai 12 Influential Muslim Women Who’ll Inspire You To Change The World itu ialah novelis Elif Shafak dari Turki; arkitek Zaha Hadid (British-Iraq); model hijab Mariah Idrissi; usahawan dan bloger Vivy Yusof (Malaysia), aktivis Hawa Abdi (Somalia); Malala Yousafzai; kumpulan rap berhijab ‘Poetic Pilgrimage’; penyanyi dan penulis lirik lagu Yuna (Malaysia); atlet Ibtihaj Muhammad; juara taekwondo dunia, Kubra Dagli; dan astrophysicist Dr Rim al Turkmani.

Portal www.havehalalwilltravel.com. memfokuskan informasi dan panduan halal kepada pelancong Islam.

 

   

SXEUGAa~