| Universiti Putra Malaysia

PKPP UPM Anjur Program PutraCocu@Hijau Bantu Realisasikan Amalan Kelestarian Hijau

Oleh: Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa

SERDANG - Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Univesiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Pertanian Putra (PPP), UPM menganjurkan aktiviti penanaman sayuran atau PutraCocu@Hijau baru-baru ini bagi membantu merealisasikan amalan kelestarian hijau.

Aktiviti PutraCocu@Hijau antara lain bertujuan untuk memupuk sifat cintakan aktiviti bercucuk tanam dan pokok di dalam diri pelajar dan staf UPM. Ketika dunia sedang menghadapi krisis makanan termasuk di Malaysia, aktiviti ini sangat tepat dijadikan amalan dan budaya oleh semua pihak di UPM dan Malaysia.

Selain daripada menyahut salah satu asas utama Pelan Strategik UPM 2021-2025, ianya juga turut menyahut seruan kerajaan Malaysia yang menggalakkan rakyat bercucuk tanam. Malah aktiviti ini selari dengan perlaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di seluruh pusat tanggungjawab (PTJ) UPM.

Ini merupakan aktiviti kerjasama di antara PTJ yang sangat bermanfaat kepada semua pihak di UPM dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dan amalan kelestarian hijau terus dirancakkan di UPM dan Malaysia untuk mengurangkan kesan perubahan iklim di seluruh dunia.

Aktiviti pertama PutraCocu@Hijau melibatkan seramai 110 pelajar yang mengambil kursus QKH2104 Usahawan Siswa yang terdiri daripada empat Kelas Kokurikulum Berkredit (KKB) bersama fasilitator mereka, pegawai PKPP dan PPP telah sama-sama berpadu tenaga menanam beberapa jenis sayur-sayuran. Program itu rurut melibatkan pelajar antarabangsa dari China.

Kumpulan tersebut merupakan pelopor kepada kumpulan pelajar KKB lain yang akan meneruskan aktiviti penanaman selepas bulan Ramadan. Dianggarkan seramai 1,300 pelajar KKB dan 60 fasilitator akan terlibat di dalam aktiviti menghijaukan bumi pada semester 2 2021/2022.

Kumpulan seterusnya dijangka akan menjalankan aktiviti penanaman sayuran dan pokok selepas perayaan Aidilfitri. – UPM

SXEYWA2~