| Universiti Putra Malaysia

Perjumpaan SUPOL KKMM Bersama Naib Canselor UPM

 Oleh: Noor Eszereen Juferi

 Foto oleh: Mohammad Izrul Abdul Jabar

 

SERDANG, 23 Dis - Setiausaha Politik (SUPOL) Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Abdul Razak Ahmad telah mengadakan perjumpaan bersama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd Roslam Sulaiman dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

Perjumpaan itu bertujuan untuk perkongsian pendapat antara KKMM dan UPM berkenaan Kesalinghubungan Internet di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan keperluan pelajar berkaitan penggunaan alat pembelajaran iaitu komputer riba atau telefon pintar serta permasalahan yang dihadapi pelajar UPM semasa pengendalian pengajaran secara virtual.

Selain itu, beliau turut memaklumkan hasrat YBM KKMM untuk membantu universiti bersama agensi di bawah KKMM antaranya Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cybersecurity Malaysia dan MYNIC. - UPM

WXETWAk~