| Universiti Putra Malaysia

PENYAKIT KULIT BUKAN PENGHALANG MENGGENGGAM IJAZAH

Oleh: Faruq Irsyad Razali
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia

SERDANG, 24 MAC – Meskipun menghidapi penyakit Atopic Eczema yang mengakibatkan kulit kering, gatal dan merekah ianya tidak menghalang Vanessa Lee, 24 untuk menamatkan pengajian dan menerima skrol Bacelor Sains Haiwan Ternakan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-45, hari ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapi olehnya, Vanessa menjelaskan bahawa penyakit yang dihadapi olehnya merupakan kategori ekzema yang serius dan kulitnya sensitif terhadap situasi panas, debu dan keadaan yang kotor.

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh graduan Fakulti Pertanian ini sepanjang pengajian, selain daripada penyakit kulit yang dihadapi, beliau juga sering kehilangan motivasi namun beliau berjaya mengatasi perkara tersebut.

Sebelum ini, doktor pakar kulit beliau telah memaklumkan program pengajian yang beliau adalah tidak sesuai dengan kondisi kulitnya yang sensitif tetapi beliau menyahut cabaran tersebut kerana meminati program pengajian tersebut.

“Saya akui kulit saya banyak terluka kerana perlu melakukan kerja di lapangan ketika pengajian namun ianya pengalaman yang menyeronokkan dan saya hargai,” katanya.

Baginya, dengan penyakit kulitnya, ianya satu pencapaian besar untuk beliau kerana berjaya berjaya menamatkan pengajian kerana menyayangi haiwan.  

Mengenai tips kejayaan, Vanessa berkata bahawa beliau selalu melakukan sesuatu yang sesuai dengan dirinya.

Anak kelahiran negeri Sabah berkata, beliau sering mengulang kaji secara rawak dan berkongsi ilmu bersama rakan-rakannya mengenai subjek yang tidak difahaminya.

 

Perancangan masa depan, Vanessa menyatakan bahawa beliau ingin bekerja bersama kerajaan memandangkan beliau merupakan pelajar tajaan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) sebelum ini.

“I think you need to keep moving forward and start believing yourself. Don’t let anyone tell you otherwise,” kata Vanessa kepada para pelajar di luar sana sebelum wawancara berakhir. - UPM

WXEXOAL~