| Universiti Putra Malaysia

PENGARANG BERITA HARIAN METRO TERIMA DOKTOR FALSAFAH UPM

Oleh: Nursyafiqa Razali
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia

SERDANG, 21 MAC – “Walaupun mempunyai cabaran dari aspek kerjaya iaitu bekerja di Harian Metro sebagai Pengarang Berita hampir 20 tahun dan semasa pengajian saya telah kehilangan anak saya yang baru sahaja dilahirkan 5 bulan kerana komplikasi jantung, tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan pengajian di peringkat Ph.d ini”.

Dr. Muhd Izawan, 41 telah berjaya menerima ijazah Doktor Falsafah dalam kajiannya yang memfokuskan “Perbandingan media semasa melaporkan berita-berita berkaitan dengan politik selepas pilihan raya”, pada hari ini dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-45.

Beliau turut berkongsi tips kejayaan sepanjang pengajian oleh graduan dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ini berkata “Sepanjang proses pengajian PhD ini banyak bergantung kepada inisiatif diri sendiri dan tidak hanya bergantung pada penyelia sahaja.

Antara tips kejayaan saya adalah memperbanyakan berdoa, sentiasa bersabar dan jangan berputus asa dengan setiap dugaan dan cabaran yang datang semasa pengajian kita. Saya juga membahagikan waktu belajar saya pada waktu sebelum subuh kerana selebihnya saya memfokuskan kerjaya saya sebagai Pengarang Berita”, tambahannya lagi.

“Saya mempunyai banyak pengalaman manis sepanjang pengajian iaitu berjumpa dengan rakan-rakan baru dan mempunyai hubungan yang akrab bersama penyelia serta dapat bertukar idea dan menambah pengetahuan”.

Dr. Muhd Izawan juga menasihati mahasiswa di luar sana agar sentiasa merasakan diri kurang untuk menjadikan kita terus berusaha memajukan dan menambahbaik diri kita. – UPM.

SXEUJA3~