| Universiti Putra Malaysia

Pengakhiran yang manis, pelajar bawa pulang Anugerah Pelajar Cemerlang

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Bachelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM

SERDANG, 13 Jan – Pengakhiran yang manis selepas berusaha, Nuha Shahira Sahrul Haslan, 22, berjaya meraih Anugerah Pelajar Cemerlang pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia Ke-44 Tahun 2022 di sini.

Nuha Shahira yang bergraduat dalam Diploma Pembangunan Manusia merupakan anak sulung di dalam adik beradik meneruskan pembelajaran kerana ingin menjadi inspirasi kepada adik beradiknya dan tidak ingin berhenti di tengah jalan.

“Sebenarnya tidak mudah untuk saya mengecapi kejayaan…antara cabaran yang dihadapi oleh saya adalah kurang didedahkan dengan teknologi dan ini menjadi satu cabaran untuk saya terutama untuk menyelesaikan tugasan,” katanya.

Tambah beliau peranan pemilihan rakan yang tepat turut memainkan peranan kerana adalah penting mempunyai rakan sekelas yang mempunyai matlamat yang sama untuk berjaya dalam pelajaran.

“Meskipun saya  tidak mempunyai ramai rakan namun ianya bukan menjadi masalah kerana yang lebih penting saya mempunyai rakan yang mampu untuk meningkatkan motivasi untuk belajar,” katanya.

Beliau turut memberikan motivasi kepada para pelajar UPM agar kekal bersemangat untuk meneruskan pembelajaran kerana manisnya akan dilihat dapat selepas tamat pengajian.  

Kini, beliau sedang menyambung pengajiannya dalam Bachelor Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Ekologi Manusia. - UPM

SXETXAQ~