Peluang Kerjaya Dalam Mencorak Masa Hadapan Pelajar | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Peluang kerjaya dalam mencorak masa hadapan pelajar

Peluang kerjaya dalam mencorak masa hadapan pelajar

Oleh Norazlin Mustapha

SERDANG, 24 April – Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Keusahawanan melalui PROTÉGÉ telah menganjurkan program Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan UPM 2019 (CE EXPO UPM 2019).

Ekspo tersebut merupakan saluran bagi mengintegrasikan kerjasama antara agensi kerajaan dengan pelbagai sektor industri/ swasta/ NGO dalam melaksanakan program melibatkan graduan dan bakal graduan UPM untuk meningkatkan kebolehdapatan kerja graduan.

“Saya mengambil contoh di UPM, sebanyak 85 peratus pelajarnya akan mendapat kerja pada tahun sama graduasi, namun bagaimana dengan baki 25 peratus itu, maka awal-awal kita dedahkan pada mereka pilihan yang ada iaitu menceburkan diri dalam keusahawanan”, dipetik dari ucapan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi.

Beliau berkata lagi, perkara penting yang harus dilihat adalah bagaimana kita membimbing mereka ke peringkat lebih tinggi dengan latihan yang betul untuk memulakan perniagaan sendiri dan kekal konsisten dalam industri.

Program ini berjaya menyasarkan lebih 17,000 pengunjung apabila terbuka kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia.

Hampir 50 organisasi dari pelbagai bidang dalam dan luar negara turut terlibat dalam membuka ruang perbincangan serta perkongsian maklumat.

Antara agensi atau industri yang turut serta ialah Bank Rakyat, Tekun Nasional, Media Prima Berhad, Nestle Sdn. Bhd. dan Maybank Berhad.

Aktiviti yang turut diadakan antaranya ialah Klinik E-Resume, Booth Pameran Agensi dan Industri, temuduga terbuka, cabutan bertuah dan persembahan artis terkenal, Faizal Tahir. - UPM

Tarikh Input: 13/05/2019 | Kemaskini: 29/05/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1569093618