| Universiti Putra Malaysia

Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT- UPM COVID-19) UPM

Oleh: Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman

SERDANG - Semenjak bermulanya pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 di seluruh negara untuk menghindarkan wabak COVID-19 daripada terus menular, Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT-UPM COVID-19) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan di UPM dan kesediaan UPM dalam menangani isu ini dengan pantas dan berkesan. Pasukan ini diketuai oleh Komanden Insiden, Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris.

Di UPM, semua aktiviti dan isu berkaitan  COVID-19  diselaraskan di Bilik Gerakan COVID-19 UPM yang bertempat di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), UPM. Aktiviti dibilik gerakan diketuai oleh Pengarah, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharudin. Di Bilik Gerakan COVID-19 inilah semua penyelarasan maklumat, isu, dan masaalah  yang timbul dari semua entiti UPM di laksanakan dengan pantas dan berkesan.

Bilik gerakan ini memantau dan mengemaskini aktiviti utama bagi membendung wabak penularan COVID-19. Setiap hari maklumat berkaitan tahap risiko warga UPM akan dikenalpasti dan dianalisa. Mereka yang didapati berisiko tinggi termasuk di Kampus Bintulu akan terus dihubungi segera bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Pelan tindakan kawalan juga telah dibangunkan bagi memastikan arahan yang dikeluarkan kepada semua warga kampus adalah jelas dan berinformatif. Selain itu, data berkaitan bilangan pelajar dalam kolej penginapan, bilangan pergerakan keluar dan masuk ke dalam kawasan kampus, bilangan staf dan pelajar yang berkaitan dengan kes COVID-19, jadual agihan makanan secara percuma kepada pelajar, dan senarai agihan penyumbang.

Statistik penting ini dikemaskini setiap dua jam dan terdapat data penting disalurkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dua kali sehari. Kerjasama ini melibatkan Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Keselamatan Universiti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, dan Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi.

Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Tindakan Kecemasan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UPM selaku Komandan Insiden diadakan diadakan setiap hari secara video conference di Bilik Gerakan COVID-19 UPM. Mesyuarat ini menyelaraskan maklumat aktiviti harian, membuat keputusan berkaitan isu yang memerlukan perhatian segera, merancang inisiatif universiti dalam memastikan pelaksanaan dan pengurusan krisis COVID-19 dapat dijalankan dengan cekap, pantas, dan efisien.

Borang Penilaian Awal Risiko Umum Jangkitan COVID-19 yang diedarkan kepada warga kampus dianalisa setiap hari untuk meneliti dan memantau tahap risiko warga UPM mengikut sejarah kontak mereka dengan induvidu yang positif COVID-19. Analisis ini juga dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Tindakan Kecemasan setiap hari bagi memastikan penyelarasan maklumat dan penyelarasan tindakan dilaksanakan kepada yang mempunyai tahap risiko tinggi.

Selain itu, Bilik Gerakan COVID-19 UPM juga bertindak untuk memastikan tahap keselamatan dan kebersihan makanan di setiap kolej yang telah diwartakan sentiasa di tahap yang tinggi. Pembekal yang dilantik untuk pengedaran makanan kepada semua pelajar termasuk pelajar antarabangsa diberikan taklimat kesihatan dan kesihatan oleh petugas Bilik Gerakan COVID-19 UPM. Petugas juga menyelaras aktiviti disinfeksi di tempat atau lokasi yang dikenalpasti tercemar dengan jangkitan COVID-19. Bilik Gerakan COVID-19 UPM menjadi penghubung dalam menjalinkan kerjasama dengan agensi dan juga entiti yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. Antara aktiviti lain ialah mesyuarat bersama Pakar Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Komuniti dan Pakar di Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan UPM.

Pasukan Tindakan Kecemasan UnivUPM (ERT-UPM COVID-19) ini bukan saja memfokuskan kesinambungan perkhidmatan tetapi pasukan ini memainkan peranan penting untuk membantu Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan secara tidak langsung untuk menyekat rantaian jangkitan Covid-19 di peringkat kampus.

Pengurusan wabak tidak boleh dilakukan sendirian tanpa melibatkan pakar dan entiti-entiti dalam Universiti yang berkaitan. Kerjasama koordinasi diperlukan untuk mencapai matlamat keberkesanan langkah pencegahan wabak. - UPM

SXDdXA~