| Universiti Putra Malaysia

Pasukan debat UPM juara Pertandingan Debat Akinabalu 2019

Oleh: Dr. Sharil Nizam Sha’ri

BANGI – Pasukan debat UPM menjuarai Pertandingan Debat Akinabalu 2019, manakala pendebatnya Nurul Syamimi Zulkafle turut dipilih sebagai Pendebat Terbaik, pada pertandingan yang diadakan di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pasukan debat UPM dibarisi oleh Ahmad Firdaus Mul pelajar Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu); Ahmad Alfhikrey Ahmad Japar pelajar Bacelor Sastera (Linguistik Melayu); Nurul Syamimi Zulkafle (Fakulti Ekologi Manusia); dan Nurdiana Sineng (Fakulti  Bioteknologi dan Biomolekul).

Mereka menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan piala pusingan, manakala sebagai  Pendebat Terbaik, Nurul Syamimi menerima RM300. Hadiah disampaikan Ariffin Asgali, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah mewakili Ketua Menteri Sabah. Pertandingan debat itu dianjurkan Persatuan Mahasiswa Sabah, UKM.

Pendebat UPM mendapat bimbingan dan berlatih di bawah Kelab Debat Bahasa Melayu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.

Pasukan yang turut menyertai pertandingan itu ialah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Sains Islam Malaysia. - UPM

SXDdSA6~