| Universiti Putra Malaysia

Pasangan adik beradik ke menara gading bersama

Oleh: Muhammad Faris Nazrin Mohd Nizar
Pelajar Bacelor Kejuruteraan Perisian, FSKTM


SERDANG, 12 Jan – Majlis Konvokesyen Ke-44 Universiti Putra Malaysia (UPM) Tahun 2022 menjadi detik terindah yang melakarkan senyuman bagi pasangan adik beradik iaitu Vanitha A/P Paliah dan Saraniah A/P Paliah kerana telah menggapai cita-cita untuk bersama-sama menjejakkan kaki ke menara gading.

“Sebelum ini saya pernah melanjutkan pengajian Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer) di sini dan perasaan cinta yang mendalam akan alma mater telah membuka hati saya untuk membuat keputusan bagi menyambung pelajaran di UPM juga,” katanya.

Manakala, adiknya, Saraniah, 28, menyambung pengajian Master Pendidikan (Psikologi Pendidikan).

Katanya, tamatnya pengajian kakak beliau di UPM menjadi inspirasi kepada beliau untuk menyambung pengajiannya di UPM.

“UPM menyediakan program Master Pendidikan (Psikologi Pendidikan) yang diminati dan saya telah lama menanam cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah,” katanya.

Pasangan adik beradik itu berkata walaupun mengalami kesukaran dalam menjalankan penyelidikan, dengan pengurusan masa yang baik ianya dapat dicapai.

Anak kedua daripada lima adik beradik itu juga berkongsi nasihat bahawa tidur yang cukup dan sikap mengutamakan perkara yang penting dahulu menjadi kunci kejayaan mereka berdua.

Kejayaan mereka itu diibaratkan seperti mimpi menjadi kenyataan kerana hasrat mereka untuk bergraduasi bersama tercapai.

Kini, Vanitha sedang melaksanakan tugasnya sebagai ITIL Process Controller dan Hasra turut menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam Pengurusan Perniagaan di UPM.

Manakala Saraniah telah berjaya mencapai hasratnya apabila beliau telah menerima tawaran sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dan sedang menunggu untuk penempatan beliau. - UPM

WXEZKAe~