| Universiti Putra Malaysia

Naib Canselor UPM saran bidang Sains Sukan perlu diperluaskan

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mohammad Izrul Abdul Jabar


Kuala Lumpur, 7 Okt - Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyempurnakan majlis perasmian penutup Persidangan Industri Sukan Malaysia 2022 di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil di sini, hari ini.

Beliau berkata penyelidikan dalam bidang Sains Sukan perlu diperluaskan lagi dengan menyalurkan geran-geran penyelidikan kepada penyelidik tempatan melalui dana diberikan oleh pihak Kementerian.

"Dana yang diberikan bukan hanya tertumpu kepada membantu pencapaian atlet dalam sukan semata-mata, tetapi boleh membantu dari segi penghasilan peralatan, pakaian dan menjenamakan sukan tempatan ke tahap yang lebih tinggi seiring dengan jenama antarabangsa.

"Atlet-atlet di universiti juga boleh membantu mencipta barangan sukan seperti pakaian yang ringan untuk berlari atau alatan teknologi seperti jam pintar buatan Malaysia," katanya dalam ucapan penutup persidangan.

Persidangan yang telah berlangsung bermula 6 Oktober (semalam) terisi dengan pelbagai aktiviti seperti pembentangan kertas kerja, sesi forum dan bengkel bagi membincangkan hala tuju industri sukan

SXEYFAW~