| Universiti Putra Malaysia

Naib Canselor UPM santuni pelajar UPM keluarga B40

Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Saleha Haron

BATU PAHAT, 18 Feb - Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyantuni pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM, Nur Sara Mohd Sani yang juga pelajar keluarga B40, di sini.

Prof. Dr. Mohd Roslan menyampaikan sumbangan laptop, wang tunai RM200 dan kotak makanan keperluan harian.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu.

Nur Sara berkata beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada UPM atas sumbangan yang diberi.

“Sumbangan ini dapat membantu saya dan saya akan memanfaatkan sumbangan ini untuk kegunaan pengajian saya,” katanya.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM, Nuruliman Ibrahim berkata program itu merupakan salah satu inisiatif membantu pelajar UPM B40 di seluruh Malaysia.

“Dengan ada bantuan ini kami berharap ia sedikit sebanyak membantu pelajar UPM keluarga B40 untuk mereka terus maju dalam pengajian,” katanya.

Sementara itu, lima pelajar UPM keluarga B40 di daerah Batu Pahat, Johor turut menerima bantuan dari BHEP UPM. - UPM

SXFOGAa~