| Universiti Putra Malaysia

Naib Canselor UPM lancar Buku Modul Pembangunan Profesionalisme Pelajar (M3P)

Oleh: Dahlan Ismail Abu Bakar

SERDANG, 24 Mac – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman melancarkan Modul Pembangunan Profesionalisme Pelajar UPM (M3P) dalam Majlis Pelancaran Buku Modul Pembangunan Profesionalisme Pelajar (M3P) hari ini.

Buku itu mengandungi 10 modul yang merangkumi proses membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar yang ditulis oleh pakar-pakar yang terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan yang terdiri dari kalangan pensyarah, pentadbir dan wakil pelajar.

Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan berkata modul itu dapat diterbitkan telah mendapat komitmen yang luar biasa oleh semua pihak dan mengikut ketetapan yang universiti perlukan selaras dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025.

“Kita mesti memandang ke hadapan dengan penuh yakin kerana amanah yang kita galas sangat besar terutama untuk membangunkan sahsiah dan jati diri pelajar sebagai sosok individu yang mampu memimpin negara pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir, Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Encik Muhazam Mansor, Pendaftar UPM.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil penulis iaitu Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman, Prof. Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas, Prof. Dr. Mohd Hasmadi Ismail, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni, Prof. Dr. Sidek Hj Ab. Aziz dan Prof. Dr. Mansor Abu Talib.

Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM, Prof. Madya Ts. Dr. Nur Izura Udir berkata dengan penerbitan modul itu akan menjadi rujukan untuk membentuk peradaban manusia dalam kalangan pelajar melalui kegiatan ilmiah dan kokurikulum bersepadu serta digunakan untuk aktiviti pembangunan pelajar di UPM. – UPM

SXEZIAl~