| Universiti Putra Malaysia

Naib Canselor serah bendera kontinjen UPM ke Karnival MASUM 2017

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto: Marina Ismail

SERDANG, 6 Julai – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris menyerahkan Bendera Kontinjen UPM ke Kejohanan Karnival MASUM 2017 yang akan berlangsung dari 8 hingga 21 Julai di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada majlis yang sama, beliau merasmikan Bilik Kecergasan dan Bilik Terapi Sukan (Sport Therapy) yang telah dinaik taraf oleh Pusat Sukan UPM bagi penggunaan warga kampus khususnya para atlet dan komuniti luar.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. M. Iqbal Saripan dan Ketua Pusat Sukan, Dr. Hanafiah Ayub.

Kontinjen UPM dianggotai 328 atlet, jurulatih dan pengurus untuk 16 acara sukan antaranya Bola Keranjang, Ragbi 15's, Bola Tampar Dewan, Tenpin Boling, Sepak Takraw, Taekwondo, Basikal, Renang, Olahraga dan Karatedo bagi fasa 1.

Untuk fasa 2 sukan yang dipertandingkan adalah Boling Padang, Tenis, Bola Baling, Bola Jaring, Memanah dan Catur.

Sementara itu, kemudahan Sport Therapy adalah usaha sama antara Pusat Sukan UPM dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM di bawah dana Kementerian Pendidikan Tinggi. - UPM

 

 

SXEaTAn~