Naib Canselor Rasmi Kedai Buku Penerbit UPM | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Naib Canselor rasmi Kedai Buku Penerbit UPM

Naib Canselor rasmi Kedai Buku Penerbit UPM

Oleh Noraida Ahmad Zaimi

 


SERDANG, 27 Sept – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris merasmikan Kedai Buku Penerbit UPM dan majlis Apresiasi Karyawan 2019 di Kedai Buku Penerbit UPM di sini.

Majlis itu juga bertujuan merai serta memberi penghargaan kepada penulis yang aktif dalam menghasilkan buku.

Ketua Penerbit UPM, Kamariah Mohd Saidin berkata ia dapat memberi galakan dan motivasi untuk mereka menghasilkan karya ilmiah yang bermutu serta memberi royalti kepada penulis buku terbitan Penerbit UPM yang menghasilkan buku dan mencatat jualan memberangsangkan.

Katanya, Penerbit UPM meletakkan kepentingan bidang penerbitan pada tahap tinggi kerana bidang itu adalah elemen yang signifikan ke arah memastikan institusi pendidikan dan penyelidikan di Malaysia memenuhi hasrat untuk mecapai taraf dunia.

Beberapa terbitan terbaharu juga dilancarkan sebagai promosi dan memberi informasi kepada umum mengenai nukilan terbaharu penerbit UPM.

Royalti Tertinggi dimenangi oleh Rohaidah Kamarudin dan Hashim Musa, melalui karya berjudul Hang Tuah: Catatan Okinawa.

Buku Paling Laris dimenangi oleh Muhd Alif Redzuan, Roslina Mamat, Sanimah Hussin dan Yamato Eriko, berjudul Renshucho Bahasa Jepun; Ho Sook Wah, Chan Swee Heng dan Yap Ngee Thai, berjudul Interactively Speaking;  Sidek Mohd Noah, berjudul Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis; Norizan Che Su, berjudul Teknik Belajar Menulis dan Membaca Bahasa Thai; serta Ab Halim Mohamad, Pabiyah Hajimaming dan Muhammad Wan Sulong, berjudul Bahasa Arab Permulaan.

Penulis Paling Aktif dimenangi oleh Ahmed Osumanu Haruna dari Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPM Kampus Bintulu; Penulis Muda Paling Aktif dimenangi oleh Sharifah Norkhadijah Syed Ismail dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan; manakala Fakulti Paling Produktif dimenangi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Buku Paling Popular dimenangi oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad, berjudul Keris Melayu Semenanjung: Suatu Pengenalan.

Buku Malar Hijau dimenangi oleh Sidek Mohd Noah, berjudul Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis; Haji Jamaludin Haji Ahmad, berjudul Modul dan Pengendalian Bimbingan Kelompok; dan Othman Talib, berjudul Asas Penulisan Tesis.

Kategori Makalah Terbaik Pertanika Journal Social Sciences & Humanities dimenangi An Economic Valuation of Urban Green Spaces in Kuala Lumpur City.

Kategori Makalah Terbaik Pertanika Journal Science & Technology dimenangi Antiulcer Properties of Kelulut Honey Against Ethanol-Induced Gastric Ulcer.

Kategori Makalah Terbaik Pertanika Journal Tropical Agricultural Science dimenangi Characterization of Phenazine and Phenazine-1-carboxylic Acid Isolated. - UPM

Tarikh Input: 21/10/2019 | Kemaskini: 21/10/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUJWIA:08:11