| Universiti Putra Malaysia

MASUM 2022: NAIB CANSELOR UPM SERAH BENDERA PADA SETIAP KETUA KONTINJEN

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari

Serdang, 22 Mac - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YH. Profesor Dato' Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyerahkan bendera UPM bagi setiap ketua kontinjen ke Kejohanan Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1, 2022.

Beliau berkata Akademi Sukan UPM telah merancang pelbagai program bagi mengekalkan kecergasan atlet dan kejohanan-kejohanan yang diiktiraf untuk atlet bertanding.

"Bagi pihak UPM saya amat menyokong apa-apa pertandingan yang melibatkan sukan. MASUM Fasa 1 kali ini ini akan berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) 24 Mac sehingga 27 Mac 2022.

"Yang pastinya UPM perlu mengekalkan momentum untuk mengekalkan kejuaraan yang telah kita capai selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPM di Foyer Pusat Sukan UPM.

Turut hadir Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Akademik & Penyelidikan) Akademi Sukan UPM, Dr. Mohd Rozilee Wazir Norjali Wazir, Timbalan Pengarah (Perunding, Jaringan Komuniti & Pembangunan) Akademi Sukan UPM, Dr. Samir Muhazzab Amin dan Timbalan Pengarah Pembangunan Atlet dan Staf Akademi Sukan UPM, Muhamad Malik Ahmad Tobias.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Tajularipin berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk menyertai mana-mana kejohanan sukan yang akan dianjurkan.

“Kami sentiasa bersedia untuk menghantar atlet-atlet UPM ke mana-mana pertandingan dan memastikan mereka ini sentiasa berlatih dalam latihan pusat yang diberikan.

“Mereka juga sentiasa tunjuk bakat dan kesungguhan yang luar biasa. Oleh itu, kita kena mengekelalkan kekuatan ini,” katanya. - UPM

SXEUUA~