| Universiti Putra Malaysia

Majlis Anugerah ICAN 2019 rai rakan industri, komuniti

Oleh Ayunie Inanie Arzmi

Foto oleh Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 25 April – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Majlis Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi (ICAN) 2019 bagi meraikan rakan industri dan komuniti yang bekerjasama dengan UPM.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), Kementerian Pendidikan, Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin ketika merasmikannya berkata, majlis itu mampu berfungsi sebagai motivasi untuk mereka yang terlibat kerana kerja-kerja yang dihasilkan serta hubungan yang terjalin diberi penghargaan yang amat tinggi.

Pada majlis itu anugerah ICAN  disampaikan kepada Rakan Industri, Rakan Komuniti, Pusat Tanggungjawab (PTJ), Staf dan Pelajar UPM yang menyerlah dalam aktiviti Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM).

ICAN diadakan bermula 2010 dan pada tahun ini ia memfokuskan pada montaj yang disiar untuk memberi fakta yang banyak dan tepat serta memperkenalkan rakan industri untuk gambaran yang lebih jelas pada mereka yang hadir.

Untuk kategori industri, Anugerah Projek Jaringan Industri Terbaik (kategori pelajar) diterima oleh Ooi Zhi Heng dari Fakulti Perubatan Veterinar.

Anugerah Projek Jaringan Industri Terbaik (kategori Pegawai Akademik) diterima oleh Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah  Mohd Yusoff ketua projek Enhancing the Therapeutic Potential of Raf Newcastle Disease Virus Cancer Vaccine; Prof. Madya Dr. Rusmawati Said ketua porjek Kajian Pengurusan Modal Insan Dalam Industri Pembinaan di Malaysia; dan Dr. Mohammad Jawaid ketua projek Safe Biodegradable Packaging (Safebiopack).

Anugerah Rakan Industri Terbaik diterima oleh Malaysia Genome Institute, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dan United States Agency for International Development (USAID).

Untuk kateogri komuniti pula, Anugerah Projek Jaringan Komuniti Terbaik (Pegawai Akademik) diterima oleh Dr. Susilawati Kasim ketua projek Projek Kerjasama Dengan Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Bersama Komuniti Sabah; Dr. Zufarzaana Zulkeflee ketua projek Pemerkasaan Komuniti Nelayan Bagi Pemulihan Dan Pemeliharaan Ekosistem Tasik Perairan Umum Ikan Air Tawar di Kampung Makmur, Sungai Galah, Tanjung Tualang, Perak; dan Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam ketua projek Program Transformasi Ilmu Disleksia.

Anugerah Rakan Komuniti Terbaik pula diterima Biro Wanita Lepo' Badeng, Sungai Koyan, Belaga, Bahagian Kapit, Sarawak; Komuniti Penjara Pra-Bebas Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh, Melaka; dan Pelajar-Pelajar Orang Asli di Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kategori PTJ Terbaik bagi institut diterima oleh Institut Biosains, manakala bagi fakulti diterima oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Sementara itu pingat emas JINM Showcase 2019 untuk Projek Industri  diterima oleh Dr. Mohammad Jawaid ketua projek Projek: Safe Biodegradable Packaging (Safebiopack), perak Prof. Dato’ Dr. Mohd Hair Bejo ketua projek Transforming Workforce Response to Infectious Disease Threats in Global Hotspots, dan gangsa Prof. Madya Dr. Rusmawati Said ketua projek Kajian Pengurusan Modal Insan dalam Industri Pembinaan di Malaysia.

Pingat emas bagi Projek Komuniti pula diterima Dr. Izharuddin Shah Kamaruddin ketua Projek Tanaman Akuaponik SMK Cyberjaya dan Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam ketua projek Memartabatkan Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan Kanak-Kanak Disleksia dalam Aspek Mengeja, Membaca dan Menulis.

Pingat perak pula diterima Dr. Susilawati Kasim ketua projek Kerjasama bersama Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, dan Prof. Madya Dr. Sarva Mangala Praveena ketua projek Rainwater Harvesting Project in Selected Schools in Melaka.

Pingat gangsa diterima Dr. Zurfarzaana Zulkeplee ketua projek Pemonitoran dan Cadangan Pemuliharaan Ekosistem Tasik Nelayan Air Tawar, dan Prof. Madya Dr Salmiaton Ali ketua projek Waste Reduction of Fat, Oil and Grease from Medan Selera Pasar Besar Melaka. – UPM

WXDdWA3~