Lebih 100 Peluang Perniagaan Di MIExpo UPM (26-28 Sept 2013) | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Lebih 100 peluang perniagaan di MIExpo UPM (26-28 Sept 2013)

Lebih 100 peluang perniagaan di MIExpo UPM (26-28 Sept 2013)

Oleh Kuah Guan Oo



SERDANG, 17 Sept (UPM) – Jika anda ingin mencari produk penyelidikan, reka cipta dan inovasi , malah ilham untuk memulakan perniagaan, terdapat lebih 100 peluang dipamerkan dalam Ekspo Inovasi Malaysia (MIExpo) 2013 dari penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan beberapa insititut pengajian tinggi kepada orang ramai dan industri pada 26-28 September 2013 di UPM.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar berkata ekspo yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, di Dewan Banquet di sini mensasarkan perhatian industri untuk mengkomersialkan teknologi UPM dengan pengisian program seperti pembentangan hasil penyelidikan dan padanan perniagaan teknologi UPM serta perkongsian teknologi dari industri pertanian.

“Inovasi yang dipamerkan ialah dalam bidang pertanian dan makanan, sains gunaan dan kejuruteraan, biosistem dan bioteknologi, perniagaan, ekonomi dan gavernan, alam sekitar dan tenaga, perhutanan dan biodiversiti, sains halal dan pengurusan, kesihatan dan kesejahteraan hidup, kemanusiaan dan pembangunan nusa bangsa, sains dan teknologi bahan, sains matematik, teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya.

MIExpo adalah penjenamaan semula pameran dan pertandingan yang dahulunya dikenali sebagai Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) Malaysia.

Prof. Dato’ Ir. Dr. Saleh berkata penjenamaan semula PRPI ini akan menjadi platform dalam mengumpulkan hasil reka cipta bermula daripada peringkat sekolah rendah hingga peringkat universiti yang memberi lebih tumpuan kepada kehendak pengunjung (masyarakat dan industri).

 “Kepelbagaian hasil penyelidikan dan rekacipta boleh dilihat dan dinilai dalam membantu memberi manfaat kepada masyarakat seterusnya boleh menembusi pasaran dan menjana ekonomi,” katanya.



Beliau berkata sempena pameran itu, MIExpo akan melancarkan baja Bio-cecair Bacto 10 yang merupakan produk komersil UPM keluaran syarikat PhytoGold yang mampu mempertingkatan hasil tanaman.

Pada majlis penutup MIExpo 2013 itu nanti, satu perlancaran Ladang dan Laman Bersepadu (Integrated Farms and Gardens)akan diadakan dan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Sebanyak 30 sekolah dari seluruh negara akan turut mempertandingkan inovasi pelajar masing masing dalam MIExpo 2013 dengan kerjasama Kementerian Pengajian Malaysia dan MARA.

Antara inovasi yang bakal mencuri perhatian pengunjung adalah A Rapid Diagnostic Kit for Early Detection of Acute Leptospirosis, Novel Bifunctional Bioactive Peptides Generated from Palm Kernel Cake Protein against Cardiovascular Diseases dan Novel Procedure for Efficient Collagen Production from Jellyfish. Manakala bagi inovasi pelajar sekolah pula antaranya Vine Cuka Bonggol Pisang, Adsorbent Chicken Feathers, Soursop Leaves for Pesticides, "Cassava" Green Paper dan Multipurpose of Corn Husks.

Lot jualan yang dijangka mendapat sambutan orang ramai ialah gerai jualan hasil produk pertanian UPM seperti baja, anak pokok, rock melon dan lain-lain.

Buat pertama kalinya juga, sesi padanan perniagaan diadakan untuk mempelawa komuniti industri dan perniagaan untuk melabur di dalam teknologi yang dibangunkan di UPM.

Gerai jualan juga di sediakan, yang dijangka mendapat sambutan orang ramai, terutama gerai jualan usahawan Kementerian Pertanian dan penjualan hasil produk pertanian.

Selain pameran, orang ramai boleh berkunjung ke booth Edupark UPM untuk melihat pakej-pakej menarik Edu-Perlancongan yang ditawarkan seperti Muzium Entomologi, Muzium Anatomi Haiwan, Muzium Anatomi Manusia,  ladang ternakan rusa dan kambing, ladang tenusu, Pusat Ekuin UPM dan lain-lain. Lawatan berpandu ke turut di sediakan bagi pelajar sekolah yang telah berdaftar awal. Antara tempat yang akan dilawati adalah Muzium Anatomi Haiwan, Muzium Anatomi Manusia dan Taman Konservatori. – UPM

Maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat MIExpo 2013 di talian 03-8947 1254

atau laman web www.miexpo.upm.my.

- kam/kgo


Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568813122