| Universiti Putra Malaysia

L’APPRENTI TAWAR “SAJIAN NOSTALGIA BUFFET MAKAN MALAM” RAMADAN 2022

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

SERDANG, 13 Mac - Berita gembira buat semua warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Alumni yang berhajat berbuka puasa pada Ramadan 2022 bersama keluarga, sahabat, rakan sekerja, atau mereka yang berminat secara buffet amat dialu-alukan, bertempat di L’apprenti UPM.

Buffet Ramadan 2022 yang dianjurkan oleh Restoran L’apprenti bersama Clove Restoran adalah julung kali di UPM.

Buffet Selera Ramadan akan diadakan bermula 9 April 2022 sehingga 21 April 2022 bertempat di L’apprenti UPM, Kompleks Perkhidmatan Makanan (Food 6), Jalan Dewan Bankuet.

Ketua Jenama L’Apprenti, UPM, Md. Nizam Mahat @ Ibrahim berkata, pelbagai sajian nostalgia pada selera Ramadan 2022. Antaranya, selera Melayu, Barat dan pelbagai lagi dihidangkan. Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 50 sajian untuk dinikmati pada buffet Ramadan ini.

“Kami amat alu-alukan semua warga UPM dan alumni berbuka puasa di L’apprenti UPM untuk menikmati buffet Ramadan sambil mengimbau nostalgia lama.

“Ini kerana buffet Ramadan 2022 bertemakan “Sajian Nostalgia Buffet Makan Malam”. Sambil menikmati sajian buffet Ramadan pada waktu malam bersama rakan-rakan, selepas itu bolehlah mengimbau kembali kenangan berbuka puasa bersama kawan semasa menjadi pelajar UPM,” katanya.

Tempahan yang dilakukan awal dan menggunakan pembayaran atas talian akan menerima promosi eksklusif dengan harga serendah RM70 berbanding harga asal RM85 bagi dewasa. Manakala bagi kanak-kanak RM35 dan warga emas pula RM60.

Bagi anda yang berminat, tempahan atau sebarang pertanyaan boleh dilakukan dengan menghubungi WhatsApp L’apprenti UPM, 013-3990308 atau 0133666824. - UPM

WXETRAx~