| Universiti Putra Malaysia

Kursus kokurikulum tingkat kemahiran insaniah pelajar

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mohamad Izrul Abdul Jabar  

SERDANG, 19 Oktober - Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) yang dibuka oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan dan memperkukuh sahsiah pelajar melalui penerapan elemen kemahiran insaniah.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata aktiviti pembangunan sahsiah pelajar yang dilaksanakan oleh PKPP selaras dengan Matlamat Satu, Pelan Strategik UPM 2021 – 2025 iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.

"Secara asasnya, 129 kursus KKB yang dibuka oleh PKPP pada Semester 1 Sesi 2022/2023 ini menerapkan pelbagai kemahiran insaniah seperti kepimpinan, pemikiran kritis, kerja berpasukan dan sebagainya.

"Penglibatan aktif pelajar-pelajar UPM dalam KKB akan dapat membantu meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar selain bersedia dan bersaing dengan bakal-bakal graduan di luar sana," katanya.

Tambahnya, program ini juga akan melahirkan graduan yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum selain memacu kecemerlangan Universiti dengan Sederap Melangkah Menuju al-Falah.

Sementara itu, pelajar semester satu Bacelor Sains Haiwan, Diana Yii Cheau Ling berkata penyertaannya dalam program kokurikulum Bakti Siswa memberi pendedahan untuk menghulurkan bantuan buat masyarakat yang memerlukan.

"Bakti Siswa mendidik saya untuk bersedia menjadi sukarelawan bagi menghulurkan bantuan antaranya membantu mangsa banjir," katanya ketika ditemui pada Hari Kokurikulum UPM Semester 1 Sesi 2022/2023. - UPM

SXEbBAX~