| Universiti Putra Malaysia

Kos harga makanan naik, punca harga ayam naik menurut pakar UPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Mozaid Idris


SERDANG, 25 Mac: Harga ayam di pasaran naik berpunca kos bahan makanan ayam naik mendadak kata pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Sidang Media “Lima Strategi Tangani Kenaikan Harga Ayam” di sini.

Pakar Ternakan Ayam daripada Fakulti Pertanian, Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus berkata, harga ayam naik berikutan kenaikan kos makanan ayam daripada bahan utama makanan ayam iaitu jagung dan mil kacang soya.

“Ini kerana 80% bahan makanan ayam seperti jagung dan mil kacang soya diimport menyebabkan harga makanan ayam akan naik bergantung kepada pasaran dunia jagung dan kacang soya.

Tambah beliau, bagi mengatasi masalah harga ayam naik disebabkan makanan ayam, terdapat cadangan daripada pakar UPM untuk mengatasi masalah ini.

“Dengan menggunakan hampas Isi Rong Kelapa Sawit (PKC) sebagai sebahagian makanan ayam agar dapat mengurangkan kos pengunaan jagung,” katanya.

Prof. Dato’ Dr. Zulkifli berkata, ayam turut memerlukan vitamin dan mineral dalam diet pemakanannya iaitu dari serat kacang soya. Namun negara kita tiada sumber kacang soya dan perlu diimport dari negara luar.

“Tanpa vitamin tulang ayam akan menjadi rapuh dan bagi mengatasi masalah ini disarankan untuk menggunakan larva serangga black soldier fly (BSF) dalam dedak ayam menggantikan pengunaan kacang soya sebagai makanan ayam bagi mengurangkan kebergantungan barang import,” katanya.

Beliau berkata BSF adalah sangat mesra alam untuk dijadikan sebagai bahan pengganti kacang soya kerana ia boleh mengurangkan karbon, air dan gas rumah hijau.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr M Nasir Shamsudin turut hadir pada Sidang Media “Lima Strategi Tangani Kenaikan Harga Ayam”.

SXFZCAU~