| Universiti Putra Malaysia

Konvokesyen penuh makna buat pelajar UPM hidap epilepsi

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Sekyen Media Kreatif dan Visibiliti Korporat

SERDANG, 20 Mac- Mengidap penyakit sawan tidak menghalang Octovia Tiong Saiw Fang memperoleh Bacelor Pengurusan Alam Sekitar pada sidang Majlis Konvokesyen Universiti Putra (UPM) ke-45.

Oktovia berkata, disebabkan epilepsi, dia terpaksa menambah semester kepada 5 tahun sepatutnya pengajian beliau Oktovia tamat pada tahun 2019 kerana kerap dimasukkan ke hospital.

“Jangan pernah mengalah” pesannya kepada semua pelajar yang mengalami penyakit sama sepertinya untuk mencapai sesuatu dalam hidup walaupun ianya sukar atau agak lewat.

“Ini kerana, di UPM saya sering kali kena sawan. Ianya amat menyukarkan saya untuk fokus dalam pelajaran kerana faktor penyakit ini’, katanya.

“Namun saya tidak pernah patah semangat kerana tahu kelemahan diri ini. Saya kena kuat lawan penyakit ini dan nak berjaya seperti rakan-rakan saya yang lain,”katanya yang ditemui selepas tamat Majlis Konvokesyen UPM ke-45 hari ini.

Octovia merupakan anak kelahiran Sarawak, mempunyai 3 orang adik beradik dan dibesarkan oleh ibunya seorang kerana ayahnya telah meninggal dunia pada usianya 13 tahun.

Bukan itu sahaja, penyakit sawannya ini juga adalah satu cabaran yang sangat besar untuknya ketika menjadi pelajar atas faktor tekanan belajar dan terlalu penat.

“Disebabkan itu saya banyak kali juga mengalah sebab bila saya terlalu banyak berfikir dan stress tiba-tiba saya kena sawan. Bukan itu sahaja, saya selalu diejek orang kawan-kawan kerana penyakit saya ini.

“Apa yang saya yang lakukan ialah jangan fikirkan sangat penyakit ini, kamu pasti akan dapat mengawal diri kamu”, ujarnya lagi walaupun agak lambat untuk menerima ijazah bersama rakan seperjuangan.

Katanya lagi, penyakit ini sangat rumit dan masih perlu dirawat. - UPM

SXEZSA~