| Universiti Putra Malaysia

Ketahuilah Sindrom Faraj Terkunci yang dihidapi wanita

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

Tidak semua wanita itu mampu untuk melakukan hubungan intim dan ianya adalah satu penyakit yang ramai tidak tahu kewujudannya. Penyakit yang jarang diketahui orang ramai ini dikenali sebagai Vaginismus.

Sindrom faraj terkunci atau Vaginismus merupakan antara penyakit yang dihidapi oleh ramai wanita sehingga menyukarkan mereka untuk menimang cahaya mata. Vaginismus merupakan penyakit di mana, pasangan suami isteri mempunyai masalah tidak mampu melakukan hubungan seks.

Tanpa sedar, ianya memberi kesan mendalam kepada emosi dengan perasaan takut terhadap seks dan boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Akibatnya, si wanita berasa rendah diri dan mengalami masalah gangguan mental yang sangat teruk sehingga menjejaskan diri jika tidak diubati.

Ini terjadi kerana seorang isteri takut yang keterlaluan untuk melakukan hubungan seks kerana mendengar perkongsian rakan-rakan yang menyatakan bahawa ‘seks itu sakit’. Kebanyakan dari pesakit menyatakan ianya kerana ketakutan melampau dari diri mereka sendiri.

Kesannya mendorong kepada badan pesakit dan menjadikan otot-otot mengeras ketika melakukan hubungan intim itu.

Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, penyakit ini sangat rapat dengan mental dan psikologi seorang wanita yang sudah berkahwin kerana mempengaruhi minda mereka akibat anxiety kerana takut melakukan hubungan seks, menjadi mangsa cabul, wanita yang pernah melakukan hubungan seks secara paksa dan wanita bersalin.

Siti Fatimah Abdul Ghani

“Mereka yang menghidap penyakit ini memerlukan rawatan dari segi mental terlebih dahulu kerana ianya mempengaruhi fizikal dalam semasa melakukan hubungan intim bersama suami.

“Persiapan diri seorang wanita bagi mereka yang menghidapi penyakit ini untuk tidak menganggap sebuah kekurangan diri yang sangat teruk sehingga menjejaskan kehidupan seharian. Seorang wanita itu hanya mengalami penyakit ini ketika bersama. Namun dari sudut yang lain kehidupan sangat lengkap.

“Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan membuatkan anda sakit sehingga depresi. Walaupun sudah berkahwin, hubungan intim bukanlah kunci kebahagiaan semata-mata. Banyak lagi yang boleh dikecapi bersama-sama suami,” katanya.

Ulas beliau, suamilah insan paling terdekat dengan isteri yang akan memberi kekuatan dan ubat kepada isteri bagi menyembuhkan penyakit ini.

Beliau berkata, seorang suami sepatutnya memahami kondisi isteri dan faham mengapa isteri mengalami masalah kesihatan seperti ini sehingga menyebabkan tidak boleh melakukan hubungan intim.

“Disebabkan suami yang tidak faham, dan stigma masyarakat yang terus menghina, ini akan membuatkan si isteri berasa sangat risau semasa bersama pasangan dan mereka juga selalu mengelak untuk bersama kerana ragu-ragu dengan diri sendiri.

“Apa sahaja jenis sakit kita perlukan sokongan dari segi mental dan juga emosi terutama dari suami agar isteri memperoleh semangat dan manfaat.

Jelas beliau, jika penyakit ini tidak dirawat ini akan menyebabkan depresi teruk dengan keadaan persekitaran menyebabkan mereka mengalami penyakit ini.

Katanya, sebuah perkahwinan itu tujuannya bukan untuk semata-mata untuk seks sahaja, tetapi tanggungjawab, perkongsian hidup, suka duka dan pelbagai lagi yang perlu ditempuhi bersama.

“Bagi suami yang tidak boleh menerima kelemahan isteri mereka, kebahagiaan akan dirampas atau perkahwinan mereka akan tergugat.

“Sebagai suami, bantulah isteri agar mereka boleh sembuh dan hargailah mereka sebaiknya, bukan menceraikan mereka atas masalah yang dihidapi. Terimalah segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.

Wanita yang sedang melawan penyakit ini, semuanya dari dalam diri anda sendiri untuk mengubatinya selain rawatan oleh doktor. Jangan pernah rasa segan dengan diri sendiri, percayalah seorang suami yang baik, boleh menerima anda seadanya.- UPM

WXEaOA3~