| Universiti Putra Malaysia

Kerangka strategik elak tujuan utama tersasar

SERDANG, 7 Feb – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSASS) Universiti Putra Malaysia (UPM) perlu mempunyai mempunyai hala tuju yang jelas dan kerangka strategik bagi mengelakkan tujuan utama tersasar, kata Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.
 
Beliau berkata, bagi melahirkan satu pasukan yang hebat dan kuat adalah penting untuk HSAAS mempunyai kerangka strategik yang tidak lari dengan visi dan misi universiti agar bergerak cemerlang sepanjang tahun ini.
 May be an image of 1 person and dais
 
 
“HSAAS perlu mempunyai ‘true north’ yang tidak lari daripada visi dan misi UPM selain membawa UPM untuk terus cemerlang pada mandat asal universiti yang berlandaskan pertanian dan keterjaminan makanan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat 2024 dan perutusan 100 hari kepada semua warga HSAAS UPM, di sini hari ini.
 
May be an image of 4 people and text that says ADKALA ALASAN/SEBAB MANUSIA PERLU MENGENALPASTI PUNCAMASALAH SEBENAR MASA AUNTUK MENILAI LAKSANAKAN PENAMBAHBAIKAN BAHARU KEPUTUSAN LEBIH BAIK BERK Perutusan 100 Hari Naib Canselor dan Amanat 2024"" width="804" height="536" />
 
 
Tambahnya, sebagai sebuah hospital pengajar HSAAS juga perlu sentiasa bergerak seiring bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UPM bagi menghasilkan sebuah pasukan yang mantap.
 
Jelasnya, perkara ini adalah penting untuk HSAAS dan UPM khasnya untuk sentiasa bergerak bersama fakulti yang berkaitan untuk membantu rakyat dan negara dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.
 
May be an image of 1 person and clarinet
 
“Bukan semua universiti mempunyai hospital pengajar dan fakulti yang berkaitan bidang kesihatan untuk bantu negara dan rakyat. Inilah kekuatan-kekuatan lain yang ada pada UPM selain kekuatan bidang pertanian," katanya.
 
Katanya, secara tidak langsung HSAAS memberikan sumbangan dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan khasnya dalam kesihatan makanan dan kandungan nutrisi yang dimakan oleh manusia.
 
“Hospital sebenarnya sentiasa dekat di hati semua kerana apabila sakit kita akan mencari hospital,” katanya. -UPM

SXEdGAT~