Kem Matematik INSPEM Bimbing 75 Pelajar SERATAS | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Kem matematik INSPEM bimbing 75 pelajar SERATAS

Kem matematik INSPEM bimbing 75 pelajar SERATAS

Oleh Wan Nor Suriani Jalal


SERDANG - Program Kem Matematik diadakan oleh Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) dengan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping, Perak yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tujuan program ini adalah untuk membimbing pelajar yang berpotensi cemerlang dengan memberi pendedahan yang meluas dalam ilmu pengetahuan matematik.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA).

Kem Matematik yang telah dirasmikan oleh Pengarah INSPEM, Prof. Dato’ Dr.Kamel Ariffin Mohd Atan diadakan pada 22 hingga 24 Ogos 2014 melibatkan seramai 75 pelajar tingkatan lima dan lima guru dari SERATAS.



“Bersandarkan tema program ini iaitu Penerokaan Matematik Menjangkau Pengetahuan, semua pihak khususnya warga institusi ilmu wajar bersama-sama memastikan ilmu Matematik dapat terus diperkasakan pengajaran dan pembelajarannya agar ia sentiasa berkembang,” katanya.

Peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan 11 slot iaitu siri ceramah, bengkel dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bentuk latihan dalam kumpulan (LDK).



Bidang ilmu dalam sains bermatematik yang telah diberi tumpuan dalam kem tersebut adalah bidang sejarah sains matematik, analisis berangka, fizik bermatematik, kriptografi dan keselamatan maklumat, statistik dan falsafah bermatematik dalam bentuk siri ceramah dan aktiviti LDK.

“Matematik bukan pada pengiraan semata-mata, program ini telah berjaya mengubah minda pelajar untuk lebih menghargai matematik”, kata Guru Kanan Teknik & Vokasional, Ahmad Azmi yang mewakili Pengetua SERATAS semasa majlis penutup.


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566720220